Kasih Ibu

Tuesday 11 December 2012

TIPS DIET MALAM

1. CUBA AMALKAN MAKAN 4 JAM SEBELUM TIDUR

4 JAM sebelum tidur adalah waktu yang terbaik untuk mengambil makan malam. Ini kerana ketika tidur perut anggota badan kurang pergerakan dan kurang membakar kelori jika dibandingkan pada waktu pagi.
Waktu paling elok untuk mengambil makan makan adalah sekitar jam 6 - 9 malam.

2. AMALKAN MINUM SUSU

Amalkan minum susu setiap malam sebelu

m waktu tidur. Cukup sekadar segelas susu panas bagi mengisi perut kosong sepanjang malam semasa tidur.Pastikan susu tersebut yang rendah lemak. "Dutch Lady low fat disyorkan"

3. PERBANYAKKAN MEMAKAN BUAH @ SUP SAYUR

Pastikan makanan yang diambil terdiri daripada buah-buahan dan sup sayuran yang menyihatkan tubuh badan.Cth: Ambil sebiji epal.

4. KATAKAN TIDAK PADA JUNK FOOD/MAKANAN SEGERA.

Junk food kebanyakkan tidak berkhasiat dan hanya mengadungi lebih minyak, kalori dan pewarna yang tidak elok untuk badan.Anda digalakkan untuk pantang dari memakan junk food, tambah-tambah disaat menonton TV.

5. ELAKKAN MAKANAN BERAT ( TINGGI KALORI)

Pengambilkan makanan yang tinggi kalor akan membuatkan diri anda berasa lebih dan memenantkan. Elakkan atau seboleh-bolehnya ambillah dalam kuantiti yang sedikit. Jika anda memilih makanan yang agak berat, dahulukan dengan memakan sayur .

6. MAKANAN REBUS DAN BAKAR

Seperti ikan bakar atau panggang yang dimakan tanpa nasi. Rebus sayur yang dimakan bersama sedikit perisa tambahan perasa.

7. MANDI SEBELUM MAKAN*

Bagi mengelakkan PERUT BUNCIT, sebaiknya anda mandi terlebih dahulu sebelum mengambil makan malam. Ia petua lama adakalanya petua orang lama masih boleh diguna pakai.

8. AMBIL AIR KOSONG ATAU JUS

Minum segelas jus buah-buahan atau air kosong (1liter) . ELAKkan minuman berkarbonat atau yang mengandungi kadar GULA yang tinggi kerana ini akan membuatkan badan anda lebih dan mengantuk

9. SENAMAN RINGAN SEBELUM TIDUR

Seelok-eloknya lakukanlah senaman ringan sebelum tidur untuk merengangkan otot-otot anda disamping membakar kalori sarapan malam anda. Antaranya Seperti senaman sit-up antara yang mudah dan ringkas untuk anda yang ingin menjaga bentuk tubuh dan mengempiskan perut. Selain berdiet malam hari, jika diringi dengan senaman adalah pelengkap kepada program dietsihat anda.

10. CUCI MUKA & MINUM AIR SUAM (SAAT HENDAK TIDUR)

Perlengkapkan lagi dietsihat malam anda dengan meminum air suam sebagai tambahan sebelum tidur. Selain itu cucilah muka dan anggota badan (Bukan mandi) untuk menambah keselesaan ,kesegaran dan ketengan tidur anda.
Lupakanlah segala permasaalahan / hal-hal berkaitan di siang hari untuk mendapatkan tidur yang berkualiti

No comments:

Post a Comment

you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...