Kasih Ibu

Monday 30 December 2013

Kejayaan Tidak Datang Bergolek, Kejayaan Ku Kini Bersama Shaklee

Assalamualaikum. 

Syukur Alhamdulillah di atas kurniaan rezeki dan kesihatan yang kita miliki pada hari ini. Sudahkah anda bersyukur hari ini? Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur setiap hari kerana setiap hari pelbagai nikmat yang Allah kurniakan hingga tak terhitung banyaknya.

Bersyukur juga hari ini kita berada dalam golongan orang-orang yang berjaya. Ramai di kalangan kita nak berjaya tak kiralah dalam apa pun, nak jadi seperti si A, nak jadi seperti si B, tapi persoalannya adakah kita berusaha sama seperti mereka?


Saya bukanlah dari golongan keluarga yang berada. Jadi tak hairanlah dah bermacam-macam bisnes sambilan yang saya lakukan untuk menambah pendapatan. Saya biasa buat kuih-muih untuk jualan kecil-kecilan, jual kasut, jual beg tangan dan jual produk aksesori wanita. Saya juga biasa terlibat dengan 2-3 perniagaan MLM tetapi tak sesuai dengan jiwa saya, maka saya berhenti di tengah jalan.




Alhamdulillah Allah datangkan ujian untuk saya keluar dari zon selesa dengan temukan saya dalam group Jutawan Shaklee. Rupa-rupanya ada hikmah yang tersembunyi yang pastinya pertemuan dengan group Jutawan Shaklee adalah bermulanya titik permulaan yang merubah kehidupan saya kini.

Bermulanya saya dalam group Shaklee apabila saya tercari-cari suplement untuk berikan tenaga kerana saya menyusu anak kecil waktu tu, jadi memang saya rasa letih setiap hari ditambah siang dengan kerja di pejabat. Setelah diperkenalkan dengan Shaklee, memang terasa kelainannya, pergi kerja pun takda lagi rasa mengantuk, kadang-kadang waktu tengahari saya pasti tidur di surau..hehe..malah susu saya semakin pekat dan banyak..boleh buat stok lagi. Alhamdulillah bonus dan rezeki untuk anak saya menyusu badan kali ni berbanding anak sulung.

Selepas tu saya diperkenalkan dengan group Jutawan secara online. Dari situ saya tengok ramainya yang buat income dengan Shaklee tak kira siapa pun. Ada engineer, guru, nurse, doktor, penjawat awam/swasta, kerani, akauntan..dan yang paling saya terharu ramai surirumah yang buat Shaklee.

 Inilah sebahagian daripada ahli keluarga Shaklee saya

Dari situ timbul rasa ingin mencuba saja, mana lah tahu sebulan dapat dalam RM200-300 pun cukuplah untuk tampung belanja mengasuh dan beli pampers anak. Dari cuba-cuba saja, tak sangka pulak ada permintaan hebat produk Shaklee ni. Produk Shaklee ni berkesan dan ada ujian klinikal, sebab tu customer yang dah cuba pasti akan repeat order setiap bulan.

Alhamdulillah dari suka-suka kini, saya dah mampu capai bonus sebanyak 4 angka setiap bulan. Bukan setahun sekali yer, tapi setiap bulan. Kalau kerja pun setahun sekali baru saya dapat bonus, itupun ikut prestasi syarikat. Kalau syarikat tak ok, maka takda lah bonus untuk tahun tu. Tapi dengan Shaklee tiap-tiap bulan saya dapat bonus 4 angka.


Kebanyakan kaum ibu yang dah berjaya bersama Shaklee. Tengok tu, anak kecil pun dibawa bersama. Shaklee adalah mesra keluarga di mana anak-anak kecil boleh turut serta  dalam apa jua program anjuran Shaklee. Berbeza dengan bisnes lain yang tidak melibatkan anak kecil mahupun baby.


Rezeki itu dari Allah. Siapa berusaha dia akan dapat. Maksud hadis Rasulullah s.a.w, "Sebaiknya 9/10 rezeki kita adalah dari perniagaan". Alhamdulillah memang langkah kanan saya masuk group Jutawan ni.




Jika anda berminat untuk membina perniagaan bersama Shaklee atau menambah pendapatan sampingan, tak rugi anda mencuba. Saya dah cuba dan ternyata tidak mengecewakan malah mudah jer dilakukan secara 100% online. Bimbingan dan tunjuk ajar juga 100% secara online melalui facebook dan secret group.

Sekiranya berminat nak menjadi ahli, boleh terus hubungi saya di ct1803@gmail.com atau 019-5633815..

Bersama-sama kita berusaha majukan diri dan merubah kehidupan..








you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...