Kasih Ibu

Saturday 15 December 2012

Pneumokokal


JANGAN pandang remeh jika anak anda mendapat gejala berkenaan kerana dia mungkin diserang penyakit pneumokokal. Pneumokokal ialah kumpulan penyakit yang berpunca daripada bakteria streptococcus pneumoniae yang menyebabkan serangan pneumonia, otitis media (jangkitan telinga tengah), meningitis (radang lapisan otak) dan bakteremia (jangkitan kuman dalam darah).

KES 1: Bayi anda batuk dan selesema diikuti bronkitis dalam tempoh beberapa hari. Biarpun diberi ubat, suhu badannya meningkat melebihi 40 darjah Celsius.

KES 2: Si kecil mengalami demam lebih 36 jam, muntah, tidak mahu menyusu dan sering tidur.

Pneumokokal menjadi punca utama kematian yang boleh dicegah melalui pengambilan vaksin di kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun di serata dunia. Terdapat 13 jenis streptococcus pneumoniae yang menyebabkan 80 hingga 92 peratus penyakit itu di kalangan kanak-kanak kecil di seluruh dunia.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap tahun, penyakit ini meragut nyawa lebih 1.6 juta orang di seluruh dunia dengan separuh daripadanya kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah di negara sedang membangun.

Bagaimanakah seorang kanak-kanak boleh dijangkiti bakteria pneumokokal? Sebaik saja bakteria streptococcus pneumoniae memasuki badan, ia boleh merebak, menjangkiti darah dan menyebarkan ke seluruh badan. Jangkitan ini pada mulanya begitu ketara dan gejala mungkin sukar dibezakan daripada penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak.

Jangkitan pada bahagian atas salur pernafasan mengakibatkan bakteremia, sepsis (keracunan dalam darah), meningitis dan pneumonia. Jika kuman streptokokus merebak dari dalam hidung ke bahagian atas saluran pernafasan, ia menyebabkan pneumonia (radang paru-paru), otitis media akut dan sinusitis (radang dalam hidung).

Kira-kira lima peratus kanak-kanak berumur bawah lima tahun yang mendapat serangan meningitis pneumokokal meninggal dunia kesan jangkitan bakteria atau mereka menghadapi masalah jangka panjang seperti buta dan hilang pendengaran.

Sekiranya penyakit itu tidak dirawat atau gagal dirawat, ia boleh merebak menjadi lebih serius sehingga mengakibatkan lumpuh, masalah pendengaran, lewat pertumbuhan, terencat akal atau membawa maut.

Pakar perunding pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata, pencegahan sentiasa menjadi kunci kepada usaha menjauhkan penyakit kerana vaksin yang selamat dan berkesan kini boleh didapati untuk mencegah dan ia seharusnya dimasukkan ke dalam program imunisasi kebangsaan.

Beliau berkata, 66 peratus kematian akibat pneumokokal dilaporkan di negara yang padat penduduk seperti India, China, Bangladesh dan Pakistan.

Antara gejala penyakit ini ialah batuk, demam, jangkitan telinga tengah, jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan pada darah.

Individu yang membawa bakteria streptococcus pneumoniae menerusi hidung mungkin berpotensi mendedahkan lebih banyak risiko pneumokokal menerusi pernafasan seperti bersin, batuk mahupun hembusan nafas.

“Kanak-kanak dan orang tua mempunyai risiko tinggi terhadap jangkitan penyakit pneumokokal kerana daya tahan melawan penyakit yang lemah. Selain itu, turut terdedah kepada jangkitan ialah kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah yang menghadiri pusat asuhan kanak-kanak atau tadika melalui bersin atau batuk,” katanya.

Ruam Lampin


Bagi anda yang mempunyai anak kecil tertumanya bayi pasti akan berhadapan dengan masalah ruam lampin. Ruam lampin terjadi pada bahagian punggung, kemaluan dan sekelilingnya, di celah-celah paha dengan tanda kemerah-merahan dan menjadi bintil-bintil merah jika dibiarkan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan lampin tidak kerap ditukar di mana ammonia yang terdapat pada air kencing, bakteria daripada najis, atau kesan-kesan sabun yang terdapat pada lampin yang tidak dibilas dengan betul akan menjadikan kulit bayi radang dan merah.

TANDA-TANDA

>> Kesan tampung merah dan kasar pada punggung, kemaluan, dan paha.
>> Melepuh.
>> Bengkak merah.

KOMPLIKASI

>> Ruam tersebut akan dijangkiti bakteria atau kulat.
>> Jangkitan salur kencing.
>> Eczema atau ruam kulit alergik.

SEBAB-SEBAB

>> Kerengsaan kulit yang disebabkan oleh:
* Terlalu lama terdedah pada lampin yang basah.
* Terlalu lama terdedah pada najis.
* Sabun yang tidak dibilas dengan sempurna daripada kulit bayi selepas mandi.

>> Pertukaran dalam makanan bayi yang mana menyebabkan air kencing dan najisnya lebih merengsakan kulit iaitu di mana meningkatnya kandungan asid dalam makanan yang dihadam.

>> Alahan atau kerengsaan bila tersentuh pada lapisan bahagian dalam lampin.

>> Panggil ambulan jika sakit belakang anda disebabkan oleh terjatuh atau terhentak pada bahagian tersebut.

LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL

>> Tukar lampin bayi anda kerap.

>> Sapukan krim bagi menghalang jerapan setiap lampin ditukar.

>> Biarkan kawasan kemaluan terdedah seberapa lama yang boleh kerana udara dapat mengeringkan kawasan ruam dan mempercepatkan proses penyembuhan.

>> Gunakan lampin yang berkualiti yang menjadikan punggung bayi anda sentiasa kering.

>> Rujuk doktor sekiranya ruam bertambah teruk, tiada perubahan tanpa tanda-tanda sembuh lebih daripada seminggu, atau bengkak-bengkak merah terjadi.

PETUA MENCEGAH

>> Pastikan punggung, kemaluan, dan pangkal paha bayi anda sentiasa kering dengan menukar lampin sekerap mungkin.

>> Sapukan bedak yang sesuai pada bahagian tersebut atau gunakan krim rintangan tanpa bedak.

>> Bilas kesan-kesan sabun dengan sempurna bila memandikan bayi.

>> Bilas kain lampin dengan sempurna daripada sebarang kesan sabun yang mungkin tertinggal.

Khasiat Vitamin C



Sedikit sharing yang saya dapat dari blog Beeha

MANFAAT UTAMA:
  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Antara simptom kekurangan Vitamin C :
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)
Kalau pergi ke farmasi, ada macam-macam brand vitamin C yang boleh kita jumpa. Jadi apakah yang menjadikan vitamin C Shaklee lebih istimewa??

Perbezaan Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)
  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7 biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavonoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dari cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.
Siapa perlukan vit c? - perokok, orang yang mudah stress sebab stress akan memusnahkan vitamin c dlm badan, orang yang makan pil perancang sebab pil perancang jugak akan serap vit c dan akibatnya vitamin c akan musnah cepat dalam badan, orang yang nak cantik kulit atau yang ada masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vitamin c utk membina kolagen kulit yang sihat dan perbaiki tisu kulit, semua orang yang inginkan kesihatan yang baik sebab vitamin c menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan demam selsema yang berpanjangan..sebab tu dalam family wellness ada termasuk vitamin C antara vitamin yang perlu diambil untuk semua orang kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi keadaan.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.


 
Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?

COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815
Shaklee ID No: 885525
 

Peppermint-Ginger Plus

Terdiri daripada 4 bahan herba utama iaitu peppermint, ginger, fennel dan anise, Peppermint-Ginger Plus dapat membantu anda seperti berikut:
  • Melegakan senak perut
  • Membantu proses penghadaman 
  • Menyamankan perut
  • Mengurangkan mual dan muntah
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengurangkan sakit gastrik
  • Mengurangkan kesan mabuk perjalanan (bot, kereta, kapal terbang, etc.)
Peppermint-Ginger Plus boleh digunakan oleh ibu mengandung terutamanya di awal kehamilan di mana kebiasaannya ibu mengandung akan mengalami morning sickness yang teruk. Supplement ini membantu mengurangkan kesan morning sickness.

credit to beyondmama



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?
Sila hubungi / sms 019-5633815
Shaklee ID No: 885525


 

OmegaGuard

credit to beyondmama

OmegaGuard adalah pharmaceutical grades fish-oil supplement keluaran Shaklee. Almost everytime bila saya promote OmegaGuard pada customer, mereka akan bertanya "Fish oil supplement banyak jual kat farmasi kan? Yang bawah RM30 pun ada. Apa beza dengan yang Shaklee punya?"

Yes memang betul, bukan setakat fish oil sahaja, vitamin lain pun seperti vitamin C, B, multivitamin, dan lain-lain banyak dijual di kaunter farmasi. Terpulang pada anda untuk memilih, tapi di hujung entry ini nanti akan saya explain kelebihan OmegaGuard berbanding fish oil supplements lain yang berada di pasaran. Sebelum itu, mari kita fahami apa faedah yang dapat kita perolehi dengan pengambilan OmegaGuard:

1. Meningkatkan Fungsi Otak Bayi Dalam Kandungan 
Maka, ibu yang sedang mengandung amat digalakkan untuk mengamalkan pengambilan OmegaGuard. Anda perlu berhati-hati dalam pemilihan fish oil kerana sebahagiannya adalah dari sumber liver of the fish, which is tak sesuai untuk wanita hamil kerana ia mengandungi retinol dan vitamin A yang boleh mengakibatkan keguguran. Maka amat penting untuk memilih fish oil supplement yang terbaik. OmegaGuard mengandungi DHA dan EPA yang mencukupi untuk membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.

2. Meningkatkan Kesuburan 
Buat mereka yang sedang mencuba untuk mendapatkan anak (trying to conceive), OmegaGuard adalah supplement yang perlu dalam rutin harian anda. Mengandungi asid lemak Omega 3. Antara punca ketidaksuburan di kalangan lelaki adalah disebakan struktur sel sperma yang tidak terbentuk dengan sempurna. Omega 3 dapat membantu pembentukan acrosome yang lebih kuat dan sempurna. Acrosome merupakan struktur melengkung pada hujung kepala sperma yang memainkan peranan penting dalam proses persenyawaan telur wanita.

Bagi wanita pula, Omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyewakan dapat melekat dengan sempurna. Kekurangan Omega 3 - Omega 6 juga turut dikaitkan dengan polycystic ovarian syndrome (PCOS), salah satu punca ketidaksuburan pada wanita.

3. Meningkatkan Fungsi Hati dan Mencegah Kanser, Stroke dan Sakit Jantung 
OmegaGuard membantu memelihara fungsi hati, mencegah kanser hati dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Kajian menunjukkan wanita yang mengambil Omega-3 supplement setiap hari dapat mengurangkan risiko mengalami barah payudara sebanyak 50%. Ia juga membantu mencegah risiko kanser prostat untuk golongan lelaki, kanser paru-paru dan juga kanser usus. Buat warga emas, OmegaGuard membantu mencegah dan mengurangkan risiko penyakit stroke dan sakit jantung.

4. Meningkatkan Fungsi Otak 
Kandungan DHA dalam OmegaGuard membantu menguatkan memori, meningkatkan daya tumpuan, mencegah migrain dan penyakit Alzheimer, mencegah imsonia dan membantu mengurangkan tekanan. Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, kembimbangan, neurasthenia, autism, kanak-kanak hyperaktif dan penyakit schizophrenia.

5. Mengawal Kolestrol 
OmegaGuard membantu menurunkan paras kolestrol jahat (LDL), meningkatkan paras kolestrol baik (HDL) dan mampu mencegah pengumpulan triglycerides.OmegaGuard juga mampu mencegah tekanan darah tinggi dan membantu menyokong weight loss.

6. Memelihara Fungsi Sendi 
Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, rheumatism, gout dan memelihara fungsi sendi dengan efektif.

7. Memelihara Kecantikan 
OmegaGuard membantu merawat masalah kulit seperti eczema, psoriasis,kegatalan, kemerahan, skin lesions dan alahan kulit (rashes). EPA dalam OmegaGuard jugak membantu menghalang pembentukan androgen yang menjadi punca pembentukan jerawat dan cela pada wajah. Ia juga membantu melembabkan wajah dan menguatkan akar rambut supaya rambut menjadi lebih sihat bersinar dan tidak mudah gugur.

8.   Membina Imunisasi, Saluran Pernafasan dan Anti Inflamasi
OmegaGuard mempunyai unsur anti inflamasi dan mampu mengurangkan kesan luka pada otot dan tisu badan, seperti ulcer perut. Ia juga mampu melindungi dari Diabetes Type 2 yang disebabkan oleh inflamasi dalam sel lemak yang menghalang penghasilan insulin. Ia juga mengawal sistem imun untuk mencegah demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

Banyak kebaikan yang boleh anda perolehi melalui amalan pengambilan OmegaGuard, jadi jangan ragu-ragu lagi. Kualiti fish oil supplement banyak bergantung pada jenis ikan yang digunakan dan proses untuk mendapatkan minyak ikan itu untuk dijadikan supplement. OmegaGuard diekstrak dari ikan laut air sejuk, bukan dari hati minyak ikan. OmegaGuard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan (remember, fish oil dari hati minyak ikan tidak sesuai untuk wanita mengandung).

Ekstrak dari ikan air laut sejuk juga mengandungi kadar EPA dan HDA yang tinggi yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Proses penyediaan fish oil supplement yang terbaik adalah melalui kaedah molecular distillation, di mana proses itu dapat menyingkirkan toksin dan unsur bahaya dari ikan seperti lead, mercury, arsenic, cadmium dan banyak lagi. Keistimewaan OmegaGuard, ia telah melalui sekurang-kurangnya 3 peringkat molecular distillation, oleh sebab itu OmegaGuard dipanggil sebagai ultra pure fish oil supplement. Ia juga tidak mengandungi pewarna, perasa dan pengawet tiruan.

Jadi, buatlah pilihan terbaik. Dapatkan OmegaGuard sekarang.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?


COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815
Shaklee ID No: 885525

you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...