Kasih Ibu

Saturday 30 August 2014

Keistimewaan Shaklee Omega Guard

Shaklee Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Selain bertindak untuk bakar lemak, Omega Guard ni ada lagi pelbagai fungsi.
Antaranya:

(a) Ibu hamil
¤ Membantu perkembangan otak bayi dari dalam kandungan
¤ mengawal kenaikan berat badan
¤ mengurangkan kolestrol
¤ mengurangkan risiko meroyan selepas bersalin
¤ mengurangkan risiko melahirkan bayi pra matang.

(b) Ibu menyusu
¤ Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi
¤ membantu pengurusan berat badan.

(c) Kanak-kanak
¤ Membantu perkembangan otak
¤ menguatkan sistem imunisasi
¤ mengurangkan gejala eczema dan asma

(d) Masalah berat badan
¤ Omega-3 meningkatkan hormone Leptine yang berfungsi mengawal selera makan
¤ membantu membakar lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin

(e) Pelbagai masalah kesihatan lain
¤ Sakit sendi
¤ tinggi kolestrol
¤ kesihatan jantung
¤ batuk berkahak
¤ strok dan banyak lagi


Berminat untuk mencuba?

Sila hubungi / sms 019-5633815
COD Area : Alor Setar
Penghantaran seluruh Malaysia melalui pos laju



 

Monday 18 August 2014

Kenapa Kita Perlukan Makanan Tambahan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terdapat beberapa persoalan timbul apabila ada yang menafikan kenapa kita perlukan makanan tambahan @ supplement @ vitamin?

"Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat jer tengok."  Mmmm memang diakui orang dulu-dulu sihat saja tanpa penyakit datang bertandang.

Namun, kita tak boleh nak banding semua tu dengan keadaan kita pada hari ini. Dulu kurang berlakunya pencemaran, makanan ringan atau fast food yang sememangnya susah nak jumpa, tiada makanan dalam tin yang diproses, tiada bahan kimia dan sebagainya.

Jadi, mari kita lihat kenapa kita perlukan makanan tambahan.

PERTAMA:
Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

KEDUA:
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buahan dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

KETIGA:
Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

KEEMPAT:
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula, dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

KELIMA:
Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

KEENAM:
Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

KETUJUH:
Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Senarai tersebut adalah sebahagian daripada sebab kenapa kita perlukan makanan tambahan. Ada banyak lagi sebab yang boleh disenaraikan. Dalam entri lain kali saya akan senaraikan sebab-sebab yang lain pula.



 

you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...