Kasih Ibu

Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Monday, 2 February 2015

Promosi Gempak Shaklee Februari 2015

Sekejap saja masa berlalu, dah masuk Februari 2015..Sekejap jugalah promosi setiap bulan habis, keluar pula promosi baru.

Bulan Februari 2015, Shaklee sekali lagi buat promosi tergempak. Rugi siapa yang tak rebut time promosi macam ni. Memang jimat sangat lah.

Ok, jom tengok apa promosi bulan ni.

1.  Vitalea Iron Formula (adult) : Buy 6 Free 1 @ Twin Pack get 5% off.

 2. Ostematrix   : Buy 6 Free 1 @ Twin Pack get 5% Off


 3. Vitalea For Kids : Buy 3 Free1


 4. Advanced  Joint  Health Tablet : Buy 3 Free 1




Banyak kan promosi. Jika nak order, boleh hubungi saya di 019-5633815

Sunday, 13 October 2013

Migrain : Atasi dengan B-Complex dan Ostematrix Shaklee

 
Pernah alami masalah migrain? Bagi yang pernah alami migrain, tentulah amat menyakitkan dan rasa berdenyut-denyut di sebelah sebahagian kepala. Teringat semasa zaman sekolah dulu, ada seorang kawan alami masalah migrain. Bila migrain menyerang, tubuhnya menggigil dan tubuh jadi lemah sehingga hampir pengsan. Kasihan kawan saya. Kadang-kadang kerap ponteng kelas sebab tak boleh nak tumpukan perhatian pada pelajaran.Bagi yang alami masalah migrain seperti ini, tentulah menjadi satu pengalaman yang ngeri dalam hidup mereka. 
 
Punca-punca mingrain terlalu banyak untuk disenaraikan. Antara punca terjadi migrain ialah :-
* Kurang zat dan nutrisi dalam tubuh
* Terlalu banyak mengambil kafein
* Stress dan kurang rehat
* Sindrom pra-haid
* Perubahan hormon pada wanita
Apabila migrain menyerang, kebanyakan pesakit mengambil ubat penahan sakit bagi mengawal sakit tersebut. Malah terdapat ubat penahan sakit yang diambil mengandungi dos dadah yang berlebihan yang hanya mampu melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan. Jika diambil secara berterusan, ia mampu untuk menjejaskan kesihatan tubuh badan dan mungkin berlakunya kesan sampingan yang lain.
Kini ramai yang dah beralih kepada kaedah alternatif yang lebih selamat dengan memilih suplement semulajadi bagi mengatasi masalah tersebut. Kenapa suplement lebih selamat daripada ubat? Ini kerana suplement diperbuat daripada bahan-bahan makanan semulajadi dan ekstrak daripada makanan yang membekalkan nutrisi seimbang. Manakala pengambilan ubat yang mengandungi dadah adalah amat merbahaya untuk tempoh jangka panjang.
 
Suplement Shaklee untuk mencegah migrain: -

SHAKLEE B-COMPLEX

* Bantu reda sakit kepala
* Kandungan vitamin B2 dan B6 terbukti mengurangkan kesakitan
* Bantu reda stress

SHAKLEE OSTEMATRIX
* Bantu tenangkan saraf
* Perbaiki kemurungan, mood swing, sakit kepala
* Elak pembuluh darah jadi kejang yang merupakan salah satu punca migrain terjadi
Pilihlah suplement yang sihat dan selamat berbanding penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi dadah yang boleh menyebabkan bahaya dan mudarat untuk jangka masa panjang.
Sila hubungi saya untuk konsultasi percuma dan tawaran harga istimewa untuk suplement ini.
 



Sila hubungi / sms 019-5633815 


Shaklee ID No: 885525



Berminat untuk mencuba?



COD Area : Alor Setar

Penghantaran seluruh Malaysia melalui pos laju
 

 

Tuesday, 9 April 2013

Nutrisi Untuk Ibu Mengandung dan Menyusu





Shaklee menawarkan supplemen lengkap untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusu. Ramai yang dah berpuas hati dengan Shaklee.

1)Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting dan mineral, sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan tenaga

2) B Complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

3) Vitamin C : sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. penting dalam penghasilan kolagen utk membina tulang rawan, otot-otot dan tulang fetus

4) Protein (ESP soy protein) : penting dalam pembinaan asas badan ibu dan bayi, dan dalam penghasilan susu. Shaklee ESP mengandungi asid amino lengkap termasuk 9 asid amino perlu

5) Ostematrix (gabungan Kalsium,Magnesium,Vitamin D )
untuk tulang yang sihat dan kuat. 40% daripada susu ibu mengandungi kalsium

6) Omega Guard : penting utk ibu mengandung, untuk perkembangan kognitif dan visual bayi

7) Alfalfa Complex: raja segala tumbuhan, digunakan secara tradisional untuk meningkatkan penghasilan susu, menghalang masalah sembelit, mengurangkan retensi air


8) GLA Complex : mengimbangi sistem hormon ibu selepas bersalin


Saturday, 23 March 2013

Istimewanya Ostematrix

Ibu mengandung selalunya akan mengalami krem pada tangan, kaki..amat menyakitkan bukan..ambil ostematrix, masalah pun selesai.



Hadiahkan buat ibu tersayang anda

 

Ostematrix Shaklee penyelesaian untuk sembelit dalam pantang



Nukilan Mama Ain

Sembelit dalam pantang merupakan sesuatu perkara yang amatlah menderita untuk dilalui. Menghabiskan banyak masa di toilet hanya kerana menunggu najis untuk keluar dengan sendiri adalah sesuatu yang mustahil... Apa tidaknya, berpeluh-peluh dihabiskan masa hanya duduk dalam toilet yang harum baunya tanpa kipas mahupun aircond, tapi keluar dengan perasaan hampa...

Kepada yang mengalami sembelit dalam pantang, rasanya inilah saat2 sukar untuk dilalui. Hanya kerana nyilu dan takut jahitan tetes dengan sendiri...Owhhhh tidak!!!! rasanya tak sanggup untuk melalui saat2 kena jahit sekali lagi...

Tahukah anda? Setiap orang mempunyai pola berak yang berbeza. Ada yang berak 2 kali sehari, ada yang berak lebih dari itu (diarrhea), ada yang berak sekali sehari (yang ni normal), ada juga yang berak 3 kali seminggu. Kekerapan seseorang itu berak memang berbeza. Mungkin faktor pemakanan, genetik mahupun tabiat nya begitu... Almaklumlah, dalam pantang ni, nak kena jaga makan dan minum skit... Takkanlah kita nak teran berak sampai muka merah padam...

Solusinya ialah, Ostematrix. 4biji sehari diamalkan setiap hari. Ianya sangat berkesan, bukan sahaja memberikan tenaga kepada saya, malah ianya melengkapkan kandungan kalsium di dalam badan. Al-maklumlah ibu menyusu perlukan kalsium yang banyak, bagus untuk gigi, gusi, tulang, krem dan juga sakit belakang.

Ostematrix ialah Kalsium, Magnesium & Vitamin D.
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.






COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815

Kalsium..untuk ibu dan si manja


Bagi bayi/anak yang masih menyusu, kalsium juga disalurkan kepada anak/bayi melalui susu ibu..jadi ibu-ibu boleh mengambil Ostematrix untuk tujuan tambahan kalsium pada ibu dan bayi /anak.

Jika tak cukup kalsium dalam badan si ibu, maka kalsium tersebut akan ditarik daripada tulang-tulang ibu..sebab itu bagi ibu menyusu yang tak cukup kalsium akan rasa kebas,lenguh dan sengal badan. Hal ini terjadi disebabkan kalsium tersebut ditarik untuk memenuhi keperluan bayi/anak.. Jadi, ibu akan menghidap masalah reput tulang atau osteoporosis dengan cepat jika keadaan ini berlarutan..

Dapatkan Ostematrix dengan harga berbaloi-baloi..Jangan biarkan ibu dan si manja kesayangan dilanda kekurangan kalsium.



Sila hubungi / sms 019-5633815 untuk pesanan.

Thursday, 7 March 2013

Usah Abai Keperluan Kalsium


Biasanya, kalsium dikaitkan dengan tulang dan gigi. Tetapi tahukah anda apa kebaikan kalsium yang lain?

Jom baca apa kebaikan kalsium untuk badan kita



10 Kebaikan Kalsium:


Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.





Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan   osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.



Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.





Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.



Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.



Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.


Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.


Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.



Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.



Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.



Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.



Tak Suka Minum Susu??



Anda tak suka minum susu? Itu tandanya anda mungkin kekurangan kalsium dalam badan anda.  Semua orang tahu kalsium penting untuk kesihatan tulang, gigi dan sebagainya.

Apa alternatif atau pilihan lain jika tak suka susu?
Bagi yang kurang mengambil susu, anda amat digalakkan untuk mengambil kalsium dalam bentuk tablet untuk kesihatan anda.

Berapa banyak kalsium perlu diambil?
Institut Kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya, tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis. 

Suplemen kalsium pilihan saya? 

Sudah tentulah Shaklee Ostematrix. Kenapa Ostematrix? Sebab Ostematrix dilengkapi dengan unsur kalsium, magnesium dan vitamin D. Vitamin D penting untuk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4 biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi akan rasa cergas sekali...


Nak tau apa yang bestnya ambil Ostematrix ni? Jom kita tengok apa kata pengguna yang telah mencuba...

Masalah krem tiada lagi..



Lenguh-lenguh badan pun hilang.



Patah kaki akibat terjatuh..


Ostematrix memang berbaloi-baloi untuk di ambil. Tambahan pula, bulan March ni ada promosi Ostematrix beli 6 botol percuma sebotol..Kalau nak beli sebotol pun boleh..Cepat..hanya di bulan ini sahaja.. Hubungi saya sementara promosi masih berlangsung.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?

COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815



you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...