Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi-pagi kena ceria, muka manis, barulah mudah rezeki nak masuk kan. Yang muka masih masam-masam tu, cuba senyum-senyum dulu, haa kan nampak manis je..hihi.
Ok saya ada terbaca entry menarik dari Dr Azizan Osman. Apakah rutin pagi yang dilakukan oleh seorang jutawan akhirat. Menarik kan tajuknya.
Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh Dr Azizan. Semoga beroleh manfaat untuk kita menjadi seorang jutawan akhirat.
===============================================================================
Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat?
Jika
kita ingin lihat samada kita bakal menjadi seseorang yang berjaya dalam
jangkamasa panjang, cuba perhatikan adakah kita mempunyai rutin pagi
yang bagus, sihat dan produktif.
Salah satu perkara
yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang
berjaya terutamanya adalah jutawan ialah ketika saya bertemu Robin
Sharma, penulis buku laku keras "The Monk Who Sold The Ferrari" serta
billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum
di Toronto baru-baru ini.
Di dalam forum tersebut yang
saya hadir bersama 140 orang yang berjaya di dalam pelbagai industri
mereka dari 45 buah negara dalam dunia di kalangan kami merupakan
multi-millionaire, billlionare dan philantrophist serta business
leader.
Di antara perkara yang kami bincangkan atau
kenalpasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya
setiap hari? Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami
serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangkamasa
panjang.
Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara
utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin
atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi
perspektif rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia
akhirat) :-
1/ Bangun awal pagi seawal 4pagi dan paling lambat 5pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam selewat-lewatnya 10 malam)
2/ Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)
3/
Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal
pagi)/ Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini,
sekurang-kurangnya 4 pagi)/ Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15
minit sebelum azan suboh)
4/ Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh
5/ Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga
6/
Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia
adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari
dunia dan isinya (hadis)
7/ Selepas solat membaca
Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik
untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik
8/ Minum pagi/ sarapan
9/ Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)
10/ Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)
Sekiranya
anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang
anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan muslim tidak banyak
beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam. Biasanya mereka akan
lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise,
membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.
Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.
Ini
hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001
lagi cuma di perkemaskan over the years dan di sesuaikan dengan tugas
harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.
Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.
*Ingat :-
1/
jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan
sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak
mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan
baik terutamanya ketika hari cuti.
2/ jika anda bekerja, adjust rutin ini.
3/ kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara insiden.
Jika baik amalkan, jika tidak abaikan.
Kongsikan dengan 9 orang lain yang anda kasihi jika ianya bermanfaat.
Love
Azizan Osman