Kasih Ibu

Saturday 27 April 2013

Tips gaya hidup sihat



1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

4. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

5. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.

6. Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.


8. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

credit

Friday 26 April 2013

Shaklee Peppermint-Ginger Plus


Melegakan senak perut
Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan di dalam diet dapat membantu mengurangkan masalah senak perut.
  • Mengandungi empat herba formula yang unik
  • Menyediakan pudina dan halia - penggunaan herba, jintan putih dan jintan manis sejak berabad-abad yang lalu dapat melegakan senak perut
  • Sesuai untuk pengembara-pengembara yang mengalami masalah senak perut semasa dalam perjalanan
     Siapa yang disarankan untuk ambil PEPPERMINT-GINGER PLUS?
    • Anda yang badan penuh angin 
    • Anda yang sering muntah-muntah dan loya
    • Anda yang ingin menjaga kebersihan usus 
    • Anda yang suka minum teh pudina
    • Anda yang sering alami perut kembung

Antibiotik : Apa yang perlu kita tahu?




Sumber :http://drazwan.blogspot.com/

Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii..... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?


Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?


1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

Khasiat Serai : Boleh tambah susu ibu?

Dalam kalangan masyarakat Melayu, serai sering digunakan dalam menambahkan perisa di dalam sesetengah makanan bagi meningkatkan kelazatannya. Selain penambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan. Bagi yang baru ingin mengenalinya, nama saintifik bagi serai ialah Cymbopogon citratus dan ia adalah daripada Famili Gramineae.Menurut kajian, pokok serai mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Minyak ini mengandungi beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen. Ahli-ahli sains juga telah mengasingkan dua jenis bahan kimia daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogone.

Banyak bahan dalam serai yang membuatkan herba ini bukan sahaja sesuai digunakan sebagai ramuan makanan, malah berguna untuk tujuan perubatan tradisional. Estrak minyak daripada serai mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri.

Antara khasiat serai :

1) Bahan galaktogogue dalam minyak serai amat baik untuk wanita. Ini kerana bahan galaktogogue adalah agen yang mampu meningkatkan pembentukan susu dalam payu dara. Ia amat sesuai untuk ibu yang sedang menyusui bayi.

2) Bahan analgesik dalam minyak serai mampu mengurangkan sakit dan inflamasi. Ia juga mampu melegakan sakit otot, sendi, sakit gigi dan sakit kepala. Ia turut mengurangkan sakit badan yang diakibatkan daripada senaman yang dilakukan secara tiba-tiba.

3) Bahan antikemurungan dalam minyak serai boleh merangsang keyakinan, semangat, kekuatan mental dan melawan kemurungan. Ia amat sesuai untuk mereka yang mengalami kemurungan yang diakibatkan daripada pelbagai sebab.

4) Bahan antimikrob dan antibakteria dalam minyak serai membuatkan ia sesuai digunakan untuk menyekat pertumbuhan mikrob dan bakteria di dalam atau di luar tubuh. Ia dikatakan boleh menyekat jangkitan bakteria di kolon, perut, saluran urinari, luka, sistem pernafasan dan lain-lain lagi.

5) Bahan antipiretik dalam minyak serai dikatakan boleh merawat demam. Ia hampir sama dengan bahan febrifuj tetapi ia amat berkesan untuk menurunkan demam yang tinggi.

6) Bahan karminatif dalam minyak serai dikatakan mampu mengawal masalah angin dalam badan. Ia bukan saja mampu mengurangkan angin daripada usus tetapi mampu menghentikan pembentukan angin dengan lebih lanjut.

7) Dalam perubatan tradisional, serai yang dicampur dengan lada hitam boleh merawat masalah haid dan loya. Jika serai diminum sebagai teh, ia juga adalah diuretik yang paling berkesan.

8) Serai juga dikatakan herba pencuci yang mampu membantu menyahtoksik hati, pankreas, buah pinggang, pundi kencing, dan saluran pencernaan. Ia juga dikatakan mampu menurunkan asid urik, kolesterol, lemak berlebihan dan toksin lain dalam tubuh.

9) Serai juga mampu memperbaiki kulit dengan cara mengurangkan akne dan jerawat. Ia bertindak menegapkan otot dan tisu. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah dengan cara meminum air serai yang telah direbus. Serai amat terkenal dengan kesan memberi ketenangan yang mampu melegakan insomnia atau tekanan.

10) Satu kajian yang dilakukan mendapati bahawa setiap 100gm serai yang direbus mengandungi beta karotena, sejenis antioksidan yang dipercayai oleh para saintis mampu mencegah kanser.

Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat serai tak kira sama ada digunakan secara mentah mahupun direbus dan diekstrak minyaknya. Namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kemudaratan pada kemudian hari.

Sumber : Majalah Mingguan Wanita, Edisi 31 Dis 2010 - 6 Jan 2011

Risaunya bila anak-anak tak sihat??

Assalamualaikum semua..

Musim hujan mai lagi...mmmm..apa yang ibu-ibu risau bila mai musim hujan ni ye..? Tentulah risaukan kesihatan anak-anak kan. Mana tak nya, bagi anak-anak yang kerap demam, batuk dan selsema ni tentulah merunsingkan ibu bapa. Terutamanya jika anak tu demam panas, lagi la ibu bapa rungsing kan...Jika anak-anak yg dijaga di taska, terpaksa la ibu mengambil cuti untuk menjaga anak-anak. Takkan nak hantar juga ke taska kan. Nanti habis berjangkit anak-anak lain di taska tu..

Besa sembang-sembang ngan pengasuh taska dulu time pi nak amik anak balik.  Katanya ada anak-anak yang demam kat sini, bila pengasuh call kata anak demam tinggi suruh mai amik, ada ibu-ibu yg kata sibuk la, tak sempat nak pi amik, suruh pengasuh jaga dulu, nnti petang balik baru bawa pi klinik...kata pengasuh memang la boleh jaga, tapi nanti kalau jadi apa-apa, kena sawan ke, apa ke, semua orang salahkan pengasuh lak..kalau anak-anak demam pentingkan anak dulu..tinggalkan kerja di pejabat tu...mmmm..itulah luahan seorang pengasuh taska kan...lain la kalau pengasuh tu pengasuh persendirian ke, ibu kita ke, mertua kita ke, boleh la kita harap anak tu ditinggalkan dengan mereka.. pengasuh taska ni ramai lg anak-anak org lain yang nk kena jaga pada masa yang sama..tambah pulak kalau anak kita time demam dia meragam..macam mana dia nak jaga tu..

Bagi anak-anak yang selalu demam, batuk, selsema, kurang selera makan, ibu-ibu boleh beri Meal Shakes setiap hari. Ramai pelanggan saya yang cuba, berpuas hati. Kata mereka, anak-anak pun semakin sihat dan jarang sekali nak jatuh sakit..selera makan pun bertambah, tak payah lagi nak kejar2 suruh makan.



Bagi anak-anak yang berumur 1 tahun ke atas, boleh beri Meal Shakes dalam kuantiti yang sikit saja iaitu 1 susu kecil (lebih kurang besar sudu kfc tu). Meal Shakes diberi untuk tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

Meal Shakes bukan saja sesuai untuk kanak-kanak, malah dewasa pun boleh amik ye..1 canister sesuai untuk semua dan merupakan pelaburan yang berbaloi-baloi untuk anak-anak..Tak percaya? Jom tengok apa kata ibu-ibu yang dah cuba untuk anak mereka..



Sila hubungi saya di 019-5633815 jika anda berminat.

Khasiat Cekur

Banyak khasiat cekur yang boleh diperolehi jika kita selalu amal memakannya. Salah satu khasiatnya ialah menguncupkan rahim terutamanya bagi wanita lepas bersalin, mencegah sakit dan sengal tulang, demam, batuk dan sakit kerongkong.

Cekur dijadikan ulam dan dimakan bersama-sama nasi. Memang bagus diamalkan. Jadi ibu-ibu yang lepas bersalin tu, jom amalkan cekur. Selain badan cantik dan sihat seperti sedia kala, muka juga berseri-seri tau...
 

Produk-produk Shaklee

Ingin mengetahui pelbagai jenis produk Shaklee ? Sila klik sini http://www.shaklee.com.my/bm/products.asp





Sunday 14 April 2013

Peluang Jana Income Bersama SHAKLEE




Alhamdulillah, sejak saya menyertai Shaklee, dari bonus hanya RM90++ pada bulan pertama, kini selepas 7 bulan bersama Shaklee saya mampu berbangga kerana selain mendapat pendapatan sampingan yang sangat membantu dalam keperluan kewangan harian, saya juga dapat menjalinkan ukhwah bersama-sama rakan seperjuangan Shaklee.
 
KENAPA SAYA MEMILIH PELUANG PERNIAGAAN SHAKLEE ?
Shaklee adalah sebuah syarikat yang stabil sejak 1959 dan telah lebih 50 tahun di pasaran.
Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik.
 
Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.

 
PRODUK BERKUALITI
Apabila anda memilih produk Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal.Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.

Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyelidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan.  Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.
 
PELAN JUALAN MENARIK
Dengan menyertai Shaklee, anda berpeluang menikmasi skim bonus tanpa limit dari Shaklee, berpeluang mengikuti lawatan antarabangsa dan domestik ditaja sepenuhnya oleh Shaklee dan berpeluang mendapat pengiktirafan (berserta trophy & tunai) dari Shaklee.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menjadi CEO kepada peniagaan anda sendiri dan membina empayar perniagaan anda secara sacara full time atau part time. Alhamdulillah, sehingga kini, sudah ramai menikmati hasil dari empayar perniagaan masing masing. 

Dan anda jangan terkejut jika anda dapati kebanyakan mereka yang telah berjaya adalah wanita dan suri rumah yang mana telah sanggup meninggalkan kerjaya professional masing- masing setelah berjaya mencapai target perniagaan dalam Shaklee.


KEISTIMEWAAN BERSAMA SHAKLEE


JARINGAN UKHWAH BERSAMA JUTAWAN

Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee dan dengan serius ingin memulakan perniagaan (fulltime atau part-time), anda layak bernaung di bawah kepimpinan Master, Leader, coordinator dan supervisor yang berkualiti dan cemerlang. Anda akan diserapkan ke dalam group khas Jutawan Shaklee dan mendapat bimbingan terperinci tentang produk dan kaedah jualan yang terbaik fokus kepada jualan online di internet.

Kelas-kelas bimbingan disediakan 24 jam melalui intenet (FB, website & WhatsApp) untuk membolehkan anda mendapat rujukan dan bimbingan walau dimana anda berada.
Bagi yang ingin mendapatkan bimbingan face to face, kelas-kelas juga boleh di atur seluruh Malaysia mengikut permintaan setiap kawasan /negeri.  
  • TIADA KEGIATAN HEAD HUNTING
  • TIADA KELAS MINGGUAN/BULANAN
  • PEMASARAN BOLEH DILAKUKAN DI INTERNET
  • TIADA PAKSAAN UNTUK ANDA MENCAPAI TARGET - business anda, anda sendiri yang tentukan target.
  • TIDAK MEMERLUKAN MODAL YANG BESAR. HANYA DENGAN YURAN KEAHLIAN RM65.00 + RM10.00 (UNTUK URUSAN POS MEMBER KIT ) SEUMUR HIDUP ANDA MAMPU UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN DAN MEMBINA EMPAYAR ANDA SENDIRI.

So apa tunggu lagi. Makin lama tunggu, anda makin ketinggalan. Jom capai impian anda untuk mendapatkan financial freedom, bersara lebih awal dan memberi anda lebih masa untuk bersama keluarga disamping menjalankan perniagaan dari rumah atau di mana sahaja.

Sila pm / sms 019-5633815 untuk maklumat lanjut

Tuesday 9 April 2013

Status halal produk Shaklee (Abd Rahman Baco)



 credit

Assalamualaikum,

Apa khabar ? Ramai pembaca yang menghantar email pada saya bercerita tentang percutian mereka. Jadi saya ucapkan selamat bercuti untuk semua guru-guru Malaysia dan selamat berkerja terutama pembaca-pembaca email saya yang berada di luar negara. Ada yang di German, Sudan dan juga di Arab Saudi.

Saya doakan semoga anda semua sihat dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t

Ok, kali ini saya ingin kongsikan tentang pertanyaan pembaca buku "Halalkah Ubat Anda?" tentang status halal produk-produk keluaran Syarikat Shaklee.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.


Soalan 1 :

Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya


Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk "Shaklee" iaitu "Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik".

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
---------------------------------------------------------------------'

JAWAPAN:


Wa alaikum salam

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian, beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011 untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007 juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.


Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com



P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee. Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk "Halalkah Ubat Anda?".

Buku "Halalkah Ubat Anda?" mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi.
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com

Nutrisi Untuk Ibu Mengandung dan Menyusu





Shaklee menawarkan supplemen lengkap untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusu. Ramai yang dah berpuas hati dengan Shaklee.

1)Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting dan mineral, sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan tenaga

2) B Complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

3) Vitamin C : sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. penting dalam penghasilan kolagen utk membina tulang rawan, otot-otot dan tulang fetus

4) Protein (ESP soy protein) : penting dalam pembinaan asas badan ibu dan bayi, dan dalam penghasilan susu. Shaklee ESP mengandungi asid amino lengkap termasuk 9 asid amino perlu

5) Ostematrix (gabungan Kalsium,Magnesium,Vitamin D )
untuk tulang yang sihat dan kuat. 40% daripada susu ibu mengandungi kalsium

6) Omega Guard : penting utk ibu mengandung, untuk perkembangan kognitif dan visual bayi

7) Alfalfa Complex: raja segala tumbuhan, digunakan secara tradisional untuk meningkatkan penghasilan susu, menghalang masalah sembelit, mengurangkan retensi air


8) GLA Complex : mengimbangi sistem hormon ibu selepas bersalin


Monday 8 April 2013

Resepi Ibu Berpantang : Sup Ikan Haruan

 
Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka.

Telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah.

Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri. 

Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau 'berangin'.


Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk [A]
2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]
2 sm halia - ditumbuk [A]
1 keping asam keping 
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris

Cara menyediakan:
a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.

b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.

c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

Sunday 7 April 2013

Shaklee Opportunity



Apa yang membuatkan kami masih bersama Shaklee? Jawapannya adalah peluang (opportunity) yang datang melalui Shaklee. Peluang apa ye?

1. Peluang mendapat/ memperbaiki taraf kesihatan yang baik melalui produk supplement yang diiktiraf di dunia (malalui kajian saintifik dan journal yang diterbitkan).


2. Peluang mendapat/ memperbaiki taraf hidup dari segi ekonomi.

Melalui Shaklee kita berpeluang untuk meningkatkan taraf kehidupan kita dari segi ekonomi dan gaya hidup.

Shaklee menawarkan ahlinya 3C (Cash, Car , Convention).
1. Ganjaran Tunai - (tidak termasuk peluang untung runcit):
a. Bonus Kumpulan Peribadi sehingga 21%
b. Leadership bonus - sehingga 6 level
c. Insentif Coordinator sehingga 1.5%

2. Program Kereta - berpeluang mendapat tambahan bonus untuk bayar kereta kita.

3. Convention - percutian yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee (dalam negara dan luar negara). Anda juga peluang untuk menunaikan Umrah.

Kepada yang berminat untuk memperbaiki ekonomi anda dan gaya hidup anda, boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee




1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout


Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Performance® Maximum "Performance is Really Performed"



MINUMAN UNTUK SANG JUARA

Minuman penghidratan semula ini juga diambil oleh kebanyakan para atlet terbaik dunia seperti Caryn Davies, pemegang pingat emas dalam sukan berkayak, Dennis Bowsher, yang juga pemegang pingat emas dalam sukan penthalon dan lebih 100 medal telah dimenangi sebelum ini dan pada Sukan Olimpik 2012 di London.


Di Malaysia kebanyakkan pelanggan SHAKLEE mengambil sebagai minuman harian untuk mengekalkan kesihatan dan tenaga. Manakala kebanyakan pengguna Muslim pula mengambilnya di bulan puasa untuk kekal sihat bertenaga, menahan dahaga dan menangani kelesuan.

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.





Dapatkan yang Terbaik, Serlahkan yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Advanced Joint Health Tablet




Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi. 



Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.


Apa kata pengguna..



NUTRIFERON SHAKLEE Menguatkan sistem imun dalam 3 hari



NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.

SIAPA YANG PERLUKAN

- Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan sistem imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan - Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
- Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
- Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
- Individu yang diet mereka tidak optimum
- Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
- Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif

 

KENAPA NUTRIFERON?
- Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.
- NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu
  a) Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
  b) Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.
- Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.
- Merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.

 

KENAPA NUTRIFERON SHAKLEE?
Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi 

- saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon 

- Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

Penyelidikan selama 40 tahun 

– selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

Campuran interferon yang dipatenkan 

– elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon daripada ekstrak tumbuhan yang telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.

Disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia
 

- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron. 

Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten
 

- Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.

Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik 

– supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.





KEBAIKAN NUTRIFERON
Menguatkan sistem imun dalam 3 hari 

ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia.Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

Melawan kanser dan tumor

interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
 

Melindungi terhadap influenza
ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.
 

Meringankan tekanan dan kelesuan
membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif. 


Melewatkan Penuaan
formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.
 

Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C
keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C. 


Meningkatkan Menopaus
Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain. 


Membantu masalah PMS

Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...