Pisang penawar pelbagai penyakit
Pisang mengandungi 3
jenis gula semula jadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan
dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar
segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2
biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain
itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis
penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan seharian.
Tekanan atau stres
Buah pisang mengandungi tryptophan,
iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia,
yang menyebabkan seseorang berasa tenang, mengembalikan perasaan hati
dan membuatkan rasa gembira.
Neutralkan paras glukosa
Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan perasaan hati.
Anemia
Dengan
kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan
hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes
anemia.
Tekanan Darah Tinggi
Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Penghadaman
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan
Salah satu cara
terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman
pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan
bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang
berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem
hidrasi semula.
Panas Jantung
Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu, sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi
Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.
Saraf
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf.
Ulser
Pisang
amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak
mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral
lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti
lapisan dinding perut.
Seasonal Affective Disorder (SAD)
Penyakit
ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan
kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia
mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih perasaan hati
kita.
Penyakit Kulit:
Untuk menghilangkan pelbagai
masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya,
ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu
pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa
ataupun plaster bedah.
AWAS: Walaupun pisang baik untuk kesihatan
dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit
kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.
Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%). - Buletin
Pengguna