Kasih Ibu

Wednesday 3 December 2014

Kesan Sampingan Pil Pencegah Kehamilan

Apakah itu pil pencegah kehamilan?

Ia adalah merupakan ubat yang digunakan untuk mencegah kehamilan. Pil ini mengandungi hormon wanita sama ada

- kombinasi estrogen dan progestogen 
- atau progestogen

Kebanyakan wanita boleh mengambil pil pencegah kehamilan sekiranya memiliki kesihatan yang baik, tidak mengalami berat badan berlebihan, tidak merokok dan tidak mempunyai masalah perubatan.

Wanita yang mengambil pil pencegah kehamilan perlu menukar kepada kaedah kontraseptif lain apabila umurnya mencapai 50 tahun. Berikut adalah kesan sampingan yang biasa dialami akibat penggunaan pil pencegah kehamilan

Pendarahan Vagina
Pendarahan vagina yang tidak normal atau tompokan darah mungkin berlaku sepanjang tempoh pengambilan pil pencegah kehamilan. Pendarahan kerap berlaku semasa bulan-bulan awal pengambilan tetapi boleh juga berlaku apabila anda telah mengambil pil pencegah kehamilan untuk tempoh yang lama.
  

Kanta Lekap
Jika anda menggunakan kanta lekap dan mendapati terdapat gangguan pada penglihatan atau tidak dapat menggunakan kanta lekap, sila berjumpa doktor.

Edema/Bengkak Badan
Pil pencegah kehamilan boleh menyebabkan edema (retensi air dalam badan) seperti sembap pada jari tangan atau buku lali dan peningkatan pada tekanan darah. Sekiranya anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor.

Melasma
Tompok hitam pada kulit terutama di kawasan muka.

Kesan sampingan lain
Kesan sampingan lain yang mungkin dialami termasuklah loya, muntah, perubahan pada selera makan, sakit kepala, gemuruh, kemurungan, pening, keguguran rambut, ruam dan juga jangkitan pada vagina.



Sekiranya kesan sampingan tersebut mengganggu ada, sila berjumpa doktor.





you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...