Kasih Ibu

Showing posts with label Didik Anak. Show all posts
Showing posts with label Didik Anak. Show all posts

Tuesday, 19 May 2015

Mengapa Penting Memeluk Anak-anak Kita

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian untuk ibu bapa, mengapa memeluk anak-anak adalah sangat penting.

1. Pelukan membina kepercayaan dan rasa selamat. Ini membantu anak-anak supaya dapat berkomunikasi secara terbuka dan jujur dengan ibu bapa.

2. Pelukan meningkatkan tahap oxytocin, yang menyembuhkan perasaan kesepian, keseorangan, kekosongan dan kemarahan.

3. Pelukan meningkatkan harga diri. Ia memberikan satu perasaan yang mana anak akan berasa disayangi dan istimewa.

4. Pelukan mengurangkan ketegangan dalam badan.




Mulai hari ini, jom praktik lebihkan memeluk anak-anak kita. Anak-anak kita adalah anugerah tak ternilai yang perlu dijaga dan dibelai dengan kasih sayang.






Wednesday, 5 February 2014

Cara Mendidik Anak Dengan Memberi Nasihat 30 Saat



Gambar Ihsan

Di antara waktu yang paling mustajab untuk didik anak ialah dengan memberi nasihat selama 30 -60 SAAT:

1. Sebelum anak tidur

2. Semasa anak SEDANG TIDUR (nasihati anak dengan bercakap dalam hati atau bisik di telinga)

3. Waktu anak bangun tidur, peluk anak & beri nasihat selama 30--60 SAAT

4. Selepas anak mandi

5. Selepas anak solat. Sekali sekala, jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa di atas tikar sembahyang. Ingat, ayah lebih afdal solat berjamaah di masjid/ surau

6. Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji.

7. Selepas anak riadah atau bermain,

8. Selepas anak di doakan di kepalanya,

9. Bila anak terangsang emosi (seperti selepas kena marah).

Pastikan anak-anak makan malam sebelum maghrib (ikut Sunnah) untuk mudah belajar di waktu malam. Jika anak tak habis makan, tak salah utk ibubapa menghabiskan makanan lebihan anak, daripada MEMBAZIRKAN makanan tersebut. Adat orang Melayu saja yang menegah amalan tersebut.

Tapi jika anak-anak nak mkaan dulu sebab ayah balik lewat atau solat berjemaah di Masjid, ELOK ASINGKAN MAKANAN UNTUK AYAH.

Janganlah suruh ayah memakan makanan dan lauk pauk lebihan anak-anak. Malahan, makanan untuk pembantu rumah pun patut diasingkan untuk menghargai mereka. Kurang sopan menyuruh pembantu rumah memakan lebihan tuan rumah.

Inilah adab untuk didik anak lebih berakhlak. Moga Allah rahmati kita semua.

Oleh: Dato Fadzillah Kamsah

you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...