Kasih Ibu

Tuesday 11 December 2012

Ostematrix penyelesaian untuk sembelit dalam pantang



 

Nukilan Mama Ain

Sembelit dalam pantang merupakan sesuatu perkara yang amatlah menderita untuk dilalui. Menghabiskan banyak masa di toilet hanya kerana menunggu najis untuk keluar denga

n sendiri adalah sesuatu yang mustahil... Apa tidaknya, berpeluh-peluh dihabiskan masa hanya duduk dalam toilet yang harum baunya tanpa kipas mahupun aircond, tapi keluar dengan perasaan hampa...

Kepada yang mengalami sembelit dalam pantang, rasanya inilah saat2 sukar untuk dilalui. Hanya kerana nyilu dan takut jahitan tetes dengan sendiri...Owhhhh tidak!!!! rasanya tak sanggup untuk melalui saat2 kena jahit sekali lagi...

Tahukah anda? Setiap orang mempunyai pola berak yang berbeza. Ada yang berak 2 kali sehari, ada yang berak lebih dari itu (diarrhea), ada yang berak sekali sehari (yang ni normal), ada juga yang berak 3 kali seminggu. Kekerapan seseorang itu berak memang berbeza. Mungkin faktor pemakanan, genetik mahupun tabiat nya begitu... Almaklumlah, dalam pantang ni, nak kena jaga makan dan minum skit... Takkanlah kita nak teran berak sampai muka merah padam...

Solusinya ialah, Ostematrix. 4biji sehari diamalkan setiap hari. Ianya sangat berkesan, bukan sahaja memberikan tenaga kepada saya, malah ianya melengkapkan kandungan kalsium di dalam badan. Al-maklumlah ibu menyusu perlukan kalsium yang banyak, bagus untuk gigi, gusi, tulang, krem dan juga sakit belakang.

Ostematrix ialah Kalsium, Magnesium & Vitamin D.
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?
Sila hubungi / sms 019-5633815
Shaklee ID No: 885525

No comments:

Post a Comment

you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...