Kasih Ibu

Showing posts with label Vitamin. Show all posts
Showing posts with label Vitamin. Show all posts

Monday, 18 August 2014

Kenapa Kita Perlukan Makanan Tambahan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terdapat beberapa persoalan timbul apabila ada yang menafikan kenapa kita perlukan makanan tambahan @ supplement @ vitamin?

"Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat jer tengok."  Mmmm memang diakui orang dulu-dulu sihat saja tanpa penyakit datang bertandang.

Namun, kita tak boleh nak banding semua tu dengan keadaan kita pada hari ini. Dulu kurang berlakunya pencemaran, makanan ringan atau fast food yang sememangnya susah nak jumpa, tiada makanan dalam tin yang diproses, tiada bahan kimia dan sebagainya.

Jadi, mari kita lihat kenapa kita perlukan makanan tambahan.

PERTAMA:
Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

KEDUA:
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buahan dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

KETIGA:
Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

KEEMPAT:
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula, dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

KELIMA:
Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

KEENAM:
Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

KETUJUH:
Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Senarai tersebut adalah sebahagian daripada sebab kenapa kita perlukan makanan tambahan. Ada banyak lagi sebab yang boleh disenaraikan. Dalam entri lain kali saya akan senaraikan sebab-sebab yang lain pula.



 

Sunday, 6 January 2013

Kenapa Perlu Ambil Vitamin?


Kebanyakan orang tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan.

Badan menjadi lemah lesu, kurang bertenaga, mudah letih dan penyakit menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan.

Oleh itu mengamalkan supplement dan vitamin mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit, letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.

Sesetengah orang pula perlu zat tertentu untuk keperluan harian. Mereka termasuk yang mengandung, yang kerap makan ubat tahan sakit (sakit urat atau sendi), perokok, mereka yang aktif secara fizikal dan yang berumur lanjut.

Berikut adalah cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama-sama dengan makanan harian.

1) Ambil sekurang-kurang 2 vitamin anti oksidan
Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400 iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan ke atas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.

Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan cukup.

2) Tambah kalsium setiap hari
Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk perempuan.

Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.

3) Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate
Folate 400 ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.

4) Umur tua dan yang kurang makanan seimbang
Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrien didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrien juga kurang.

Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C, D , B6 , B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink, Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang di dalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanannya.

5) Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin
Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan), yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambahan vitamin B12 ), yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement, vitamin dan mineral.

Thursday, 13 December 2012

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Ramai yang bertanya bilakah waktu sesuai utk pengambilan sesuatu vitamin. Di sini saya kongsikan Panduan Pemakanan Vitamin untuk anda semua.

Vitamin Larut Air (B dan C) : Diambil bersama segelas air dan elakkan pegambilan makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) : Diambil selepas mengambil makanan berlemak dan berminyak untuk memudahkan penyerapan. 

Ostematrix (kalsium) : Diambil bersama minuman bersusu atau sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan membantu untuk tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama-sama vitamin larut lemak yang lain.

Apa yang tidak digalakkan:

1. Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia mengganggu penyerapan alfalfa.

2. Mengambil supplement zat besi (iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh menganggu penyerapan kalsium. Walaubagaimanapun kini zat  besi sudah dilengkapi bersama-sama Vitalea. Oleh itu, jika boleh ambil kedua-duanya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan antara keduanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi memudahkan penyerapan. Ambil vitamin dan mineral dalam kadar yang dicadangkan kerana pengambilan vitamin atau mineral  yang berlebihan terutamanya vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan. Kerana ianya disimpan dlm badan dan boleh menjadi toksik.

4. Elakkan pengambilan multivitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ianya akan mengurangkan efiesiensi penyerapan zat besi tubuh kita. 

Peringatan:

- Perlu minum 3 liter sehari
- Perlu ambil makanan yang seimbang

Wednesday, 12 December 2012

Kenapa kita perlu makan vitamin?


Vitamin kuatkan sistem imun

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30-40%.

Malah ia juga dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun lemah, anda akan terdedah kepada serangan pelbagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Vitamin tersebut mestilah vitamin semulajadi dan bukan sintetik.

credit blossommommy

you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...