Kasih Ibu

Saturday 20 December 2014

5 Amalan Kesihatan Untuk Mengelakkan Bayi Cacat

Seorang ibu yang mengetahui dirinya hamil, pasti teruja dan tidak sabar untuk menjalani proses kehamilan berjalan dengan lancar sehinggalah tibanya waktu bersalin. Bagi memastikan janin yang dikandung berada dalam keadaan sempurna dan sihat, si ibu perlulah menjaga dirinya dengan menjalankan beberap amalan kesihatan yang baik.



1. Berhenti Merokok
Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya anda berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna, sebaik-baiknya hentikan amalan tidak sihat ini.

2. Makan Makanan Yang Sihat dan Berkhasiat
Setiap hari anda perlu mengambil makanan berupa gandum, sayuran, susu, produk tenusu, daging dan protein.

3. Elakkan Alkohol
Alkolhol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol atau kafein yang selamat untuk diambil oleh wanita hamil.

4. Nasihat Doktor
Jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat daripada doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

5. Ambil Asid Folik
Kajian menunjukkan mengambil asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80%.

Wednesday 3 December 2014

Kesan Sampingan Pil Pencegah Kehamilan

Apakah itu pil pencegah kehamilan?

Ia adalah merupakan ubat yang digunakan untuk mencegah kehamilan. Pil ini mengandungi hormon wanita sama ada

- kombinasi estrogen dan progestogen 
- atau progestogen

Kebanyakan wanita boleh mengambil pil pencegah kehamilan sekiranya memiliki kesihatan yang baik, tidak mengalami berat badan berlebihan, tidak merokok dan tidak mempunyai masalah perubatan.

Wanita yang mengambil pil pencegah kehamilan perlu menukar kepada kaedah kontraseptif lain apabila umurnya mencapai 50 tahun. Berikut adalah kesan sampingan yang biasa dialami akibat penggunaan pil pencegah kehamilan

Pendarahan Vagina
Pendarahan vagina yang tidak normal atau tompokan darah mungkin berlaku sepanjang tempoh pengambilan pil pencegah kehamilan. Pendarahan kerap berlaku semasa bulan-bulan awal pengambilan tetapi boleh juga berlaku apabila anda telah mengambil pil pencegah kehamilan untuk tempoh yang lama.
  

Kanta Lekap
Jika anda menggunakan kanta lekap dan mendapati terdapat gangguan pada penglihatan atau tidak dapat menggunakan kanta lekap, sila berjumpa doktor.

Edema/Bengkak Badan
Pil pencegah kehamilan boleh menyebabkan edema (retensi air dalam badan) seperti sembap pada jari tangan atau buku lali dan peningkatan pada tekanan darah. Sekiranya anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor.

Melasma
Tompok hitam pada kulit terutama di kawasan muka.

Kesan sampingan lain
Kesan sampingan lain yang mungkin dialami termasuklah loya, muntah, perubahan pada selera makan, sakit kepala, gemuruh, kemurungan, pening, keguguran rambut, ruam dan juga jangkitan pada vagina.



Sekiranya kesan sampingan tersebut mengganggu ada, sila berjumpa doktor.





you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...