Kasih Ibu

Friday 26 April 2013

Shaklee Peppermint-Ginger Plus


Melegakan senak perut
Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan di dalam diet dapat membantu mengurangkan masalah senak perut.
  • Mengandungi empat herba formula yang unik
  • Menyediakan pudina dan halia - penggunaan herba, jintan putih dan jintan manis sejak berabad-abad yang lalu dapat melegakan senak perut
  • Sesuai untuk pengembara-pengembara yang mengalami masalah senak perut semasa dalam perjalanan
     Siapa yang disarankan untuk ambil PEPPERMINT-GINGER PLUS?
    • Anda yang badan penuh angin 
    • Anda yang sering muntah-muntah dan loya
    • Anda yang ingin menjaga kebersihan usus 
    • Anda yang suka minum teh pudina
    • Anda yang sering alami perut kembung

Antibiotik : Apa yang perlu kita tahu?




Sumber :http://drazwan.blogspot.com/

Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii..... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?


Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?


1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

Khasiat Serai : Boleh tambah susu ibu?

Dalam kalangan masyarakat Melayu, serai sering digunakan dalam menambahkan perisa di dalam sesetengah makanan bagi meningkatkan kelazatannya. Selain penambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan. Bagi yang baru ingin mengenalinya, nama saintifik bagi serai ialah Cymbopogon citratus dan ia adalah daripada Famili Gramineae.Menurut kajian, pokok serai mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Minyak ini mengandungi beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen. Ahli-ahli sains juga telah mengasingkan dua jenis bahan kimia daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogone.

Banyak bahan dalam serai yang membuatkan herba ini bukan sahaja sesuai digunakan sebagai ramuan makanan, malah berguna untuk tujuan perubatan tradisional. Estrak minyak daripada serai mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri.

Antara khasiat serai :

1) Bahan galaktogogue dalam minyak serai amat baik untuk wanita. Ini kerana bahan galaktogogue adalah agen yang mampu meningkatkan pembentukan susu dalam payu dara. Ia amat sesuai untuk ibu yang sedang menyusui bayi.

2) Bahan analgesik dalam minyak serai mampu mengurangkan sakit dan inflamasi. Ia juga mampu melegakan sakit otot, sendi, sakit gigi dan sakit kepala. Ia turut mengurangkan sakit badan yang diakibatkan daripada senaman yang dilakukan secara tiba-tiba.

3) Bahan antikemurungan dalam minyak serai boleh merangsang keyakinan, semangat, kekuatan mental dan melawan kemurungan. Ia amat sesuai untuk mereka yang mengalami kemurungan yang diakibatkan daripada pelbagai sebab.

4) Bahan antimikrob dan antibakteria dalam minyak serai membuatkan ia sesuai digunakan untuk menyekat pertumbuhan mikrob dan bakteria di dalam atau di luar tubuh. Ia dikatakan boleh menyekat jangkitan bakteria di kolon, perut, saluran urinari, luka, sistem pernafasan dan lain-lain lagi.

5) Bahan antipiretik dalam minyak serai dikatakan boleh merawat demam. Ia hampir sama dengan bahan febrifuj tetapi ia amat berkesan untuk menurunkan demam yang tinggi.

6) Bahan karminatif dalam minyak serai dikatakan mampu mengawal masalah angin dalam badan. Ia bukan saja mampu mengurangkan angin daripada usus tetapi mampu menghentikan pembentukan angin dengan lebih lanjut.

7) Dalam perubatan tradisional, serai yang dicampur dengan lada hitam boleh merawat masalah haid dan loya. Jika serai diminum sebagai teh, ia juga adalah diuretik yang paling berkesan.

8) Serai juga dikatakan herba pencuci yang mampu membantu menyahtoksik hati, pankreas, buah pinggang, pundi kencing, dan saluran pencernaan. Ia juga dikatakan mampu menurunkan asid urik, kolesterol, lemak berlebihan dan toksin lain dalam tubuh.

9) Serai juga mampu memperbaiki kulit dengan cara mengurangkan akne dan jerawat. Ia bertindak menegapkan otot dan tisu. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah dengan cara meminum air serai yang telah direbus. Serai amat terkenal dengan kesan memberi ketenangan yang mampu melegakan insomnia atau tekanan.

10) Satu kajian yang dilakukan mendapati bahawa setiap 100gm serai yang direbus mengandungi beta karotena, sejenis antioksidan yang dipercayai oleh para saintis mampu mencegah kanser.

Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat serai tak kira sama ada digunakan secara mentah mahupun direbus dan diekstrak minyaknya. Namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kemudaratan pada kemudian hari.

Sumber : Majalah Mingguan Wanita, Edisi 31 Dis 2010 - 6 Jan 2011

Risaunya bila anak-anak tak sihat??

Assalamualaikum semua..

Musim hujan mai lagi...mmmm..apa yang ibu-ibu risau bila mai musim hujan ni ye..? Tentulah risaukan kesihatan anak-anak kan. Mana tak nya, bagi anak-anak yang kerap demam, batuk dan selsema ni tentulah merunsingkan ibu bapa. Terutamanya jika anak tu demam panas, lagi la ibu bapa rungsing kan...Jika anak-anak yg dijaga di taska, terpaksa la ibu mengambil cuti untuk menjaga anak-anak. Takkan nak hantar juga ke taska kan. Nanti habis berjangkit anak-anak lain di taska tu..

Besa sembang-sembang ngan pengasuh taska dulu time pi nak amik anak balik.  Katanya ada anak-anak yang demam kat sini, bila pengasuh call kata anak demam tinggi suruh mai amik, ada ibu-ibu yg kata sibuk la, tak sempat nak pi amik, suruh pengasuh jaga dulu, nnti petang balik baru bawa pi klinik...kata pengasuh memang la boleh jaga, tapi nanti kalau jadi apa-apa, kena sawan ke, apa ke, semua orang salahkan pengasuh lak..kalau anak-anak demam pentingkan anak dulu..tinggalkan kerja di pejabat tu...mmmm..itulah luahan seorang pengasuh taska kan...lain la kalau pengasuh tu pengasuh persendirian ke, ibu kita ke, mertua kita ke, boleh la kita harap anak tu ditinggalkan dengan mereka.. pengasuh taska ni ramai lg anak-anak org lain yang nk kena jaga pada masa yang sama..tambah pulak kalau anak kita time demam dia meragam..macam mana dia nak jaga tu..

Bagi anak-anak yang selalu demam, batuk, selsema, kurang selera makan, ibu-ibu boleh beri Meal Shakes setiap hari. Ramai pelanggan saya yang cuba, berpuas hati. Kata mereka, anak-anak pun semakin sihat dan jarang sekali nak jatuh sakit..selera makan pun bertambah, tak payah lagi nak kejar2 suruh makan.



Bagi anak-anak yang berumur 1 tahun ke atas, boleh beri Meal Shakes dalam kuantiti yang sikit saja iaitu 1 susu kecil (lebih kurang besar sudu kfc tu). Meal Shakes diberi untuk tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

Meal Shakes bukan saja sesuai untuk kanak-kanak, malah dewasa pun boleh amik ye..1 canister sesuai untuk semua dan merupakan pelaburan yang berbaloi-baloi untuk anak-anak..Tak percaya? Jom tengok apa kata ibu-ibu yang dah cuba untuk anak mereka..



Sila hubungi saya di 019-5633815 jika anda berminat.

Khasiat Cekur

Banyak khasiat cekur yang boleh diperolehi jika kita selalu amal memakannya. Salah satu khasiatnya ialah menguncupkan rahim terutamanya bagi wanita lepas bersalin, mencegah sakit dan sengal tulang, demam, batuk dan sakit kerongkong.

Cekur dijadikan ulam dan dimakan bersama-sama nasi. Memang bagus diamalkan. Jadi ibu-ibu yang lepas bersalin tu, jom amalkan cekur. Selain badan cantik dan sihat seperti sedia kala, muka juga berseri-seri tau...
 

Produk-produk Shaklee

Ingin mengetahui pelbagai jenis produk Shaklee ? Sila klik sini http://www.shaklee.com.my/bm/products.asp





you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...