Kasih Ibu

Monday 7 September 2015

5 Penyakit Utama Wanita

Sebagai wanita, adakah kita tahu tahap kesihatan kita? Adakah setiap tahun kita membuat pemeriksaan kesihatan di hospital atau di klinik yang berhampiran untuk memastikan kita bebas daripada penyakit merbahaya?

Ramai di antara wanita jarang membuat pemeriksaan kesihatan. Salah satu faktornya ialah sibuk dengan tugasan seharian atau kerjaya sehingga terlupa akan hal tersebut.

Di zaman serba moden ini, terdapat pelbagai jenis penyakit boleh menyerang wanita. Namun di sini saya senaraikan 5 jenis penyakit utama sahaja.


1. FIBROID

Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid.

Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30 – 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan, wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous). Ada fibroid yang mencetuskan simptom dan ada juga yang berlaku tanpa simptom.

Secara umumnya, wanita yang berada dalam lingkungan usia subur akan berisiko tinggi untuk menghidap fibroid. Dalam lingkungan umur ini, wanita digalakkan untuk hamil dan melahirkan anak.


2. ENDOMETRIOSIS
Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu endo, ‘dalam’, dan metra, ‘rahim’. Ianya membawa maksud kepada keadaan atau kejadian di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita.

Simptom utama penyakit ini adalah senggugut dan sakit pada bahagian pelvik. Di Malaysia, tiada statistik khusus yang dijalankan bagi pengidap endometriosis. Endometriosis merupakan masalah yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pengidap endometriosis menjadi punca mandul (infertiliti) dalam kalangan wanita.


3. SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS)
PCOS merupakan gangguan hormon yang paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur dan menjadi salah satu faktor ketidaksuburan (infertiliti) dalam kalangan wanita. Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahui secara jelas.

Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. Antara gejala yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid yang sedikit dan tidak teratur atau mengalami oligomenorea dan kadangkala amenorea (ketiadaan haid), bulu roma yang berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), masalah jerawat yang teruk dan kronik, masalah obesiti, masalah keguguran berulang, masalah kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan), dan juga masalah kebotakan menyerupai lelaki (male baldness).


4. ANOREXIA NERVOSA
Anorexia atau nama saintifiknya ‘Anorexia Nervosa’ berasal daripada gabungan perkataan Greek (Anerektos) dan Latin (Nervosa) yang membawa maksud tiada selera dan juga gangguan makan akibat kesan psikologi dan fizikal yang teruk. Ia adalah sejenis gangguan disebabkan oleh peraturan sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet dan akhirnya mengakibatkan gangguan makan yang dimanifestasi oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurangan sampai ke tahap yang membahayakan.

Penderita ingin menjadi kurus kerana kegemukan dianggap tidak menarik, tidak sihat, tidak mengikut ‘trend’ dan juga tidak diinginkan. Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada obsesi seseorang yang terlalu memikirkan mengenai berat badan dan apa yang dimakan. Obsesi ini mempengaruhi tabiat dan gaya makan serta segala aktiviti harian yang berkait langsung dengan makanan.


5. MENOPAUS
Putus haid atau menopaus ialah waktu pertengahan usia seseorang wanita itu, apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Hal ini terjadi, apabila ovari (kilang telur) berhenti menghasilkan telur. Biasanya, menopaus terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara mendadak. Kesannya, ia akan mempengaruhi hormon, badan dan perasaan seseorang wanita.

Ada sebahagian wanita tidak merasakan apa-apa perubahan atau gangguan, manakala sebahagian besar mengalami gangguan vasomotor (seperti hangat memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa, mudah berkecil hati, kurang konsentrasi), fizikal dan kejiwaan (seperti kemurungan dan stres) yang boleh mengurangkan dan mengganggu gugat kualiti hidup.





Wednesday 5 August 2015

Pentingnya Berpantang

Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya menumpukan kepada sajian makanan serta minuman. Malahan amalan ini turut merangkumi hubungan seks, aktiviti harian seperti amalan mandi dan berurut. Pada kebiasaannya, hubungan seks tidak digalakkan dalam tempoh tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan seks bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut suci dan kering daripada darah nifas (darah yang keluar selepas melahirkan anak).




Perubatan
Dari segi perubatan pula, tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.

Kesihatan
Dari segi kesihatan, darah nifas sebenarnya mengandungi bakteria (kuman) dan lendiran daripada lapisan dinding rahim. Keadaan anatomi salur kencing (uretra) dan salur dubur yang terletak berdekatan dengan salur faraj menyebabkan kemungkinan mudah dijangkiti kuman. Luka jahitan episiotomi juga mugkin boleh terbuka atau terkoyak jika berlaku hubungan seks pada peringkat awal. Pada kebiasaannya, luka episiotomi sembuh dalam masa dua hingga empat minggu selepas kelahiran. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah semasa proses penyembuhannya dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Pemakanan
Jika dilihat dari segi aspek pemakanan pula, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran 'sejuk' seperti kangkung, bayam, pucuk paku serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah 'gatal' seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru.

Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan mengambil makanan atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan 'disalurkan' melalui susu ibu kepada bayi.

Kebanyakan wanita, khususnya orang Melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi (kekurangan air). Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara lapan hingga 12 cawan sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan. Namun begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.

Perubahan mental
Selain perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kemurungan. Malah sesetengahnya pula mengalami jiwa yang terganggu (psychosis) selepas melahirkan anak.

Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan seks. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan hubungan seks ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas melahirkan anak pula, hubungan seks tidak digalakkan untuk sementara waktu.

Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai tempoh pemulihan daripada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim menguncup kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution.


Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadang-kala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu.

Sumber : Utusan Melayu


Thursday 21 May 2015

Kenapa Shaklee Herbal Blend Cream menjadi pilihan?

Shaklee Herbal Blend telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol, tidak berminyak, bebas paraben dan steroid.

Ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti horse chestnut, yarrow, sage dan juga rosemary.


 Horse Chestnut




Yarrow




Sage



Rosemary



Antara kegunaan Shaklee Herbal Blend Cream ialah 
1. Merawat ekzema dan gatal-gatal digigit serangga
2. Melembutkan kulit kasar dan merawat tumit pecah
3. Ubat luka / lecur
4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
5. Menghilangkan parut
6. Ruam pada bayi
7. Sebagai losyen harian
8. Menyelesaikan masalah kulit yang sering gatal



Antara kegunaan Shaklee Herbal Blend



TESTIMONI PENGGUNA




Dapatkan Shaklee Herbal Blend Cream ini pada harga mampu milik dan berbaloi-baloi dengan faedahnya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Shaklee Herbal Blend Cream ini dan pelbagai jenis vitamin, saya adalah wakil pengedar sah anda.  Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi / sms / whatsapp saya di  019-5633815



Wednesday 20 May 2015

Atasi Masalah Jerawat Dengan Vitamin Shaklee

Banyak punca yang menyebabkan berlakunya jerawat sama ada di muka, dada atau badan. Wajah yang penuh dengan parut dan jerawat pastinya menghilangkan seri dan keyakinan diri terutamanya bagi anak muda atau remaja.


Punca Berlakunya Jerawat

  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang dan ubat steroid
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

Pengambilan vitamin juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah jerawat. Sebenarnya jika dalam pemakanan seharian kita cukup dengan nutrisi, maka tak adalah jerawat tu nak timbul keluar. Tapi disebabkan khasiat dalam makanan mungkin ada yang termusnah semasa proses penyediaan atau memasak, maka tak cukuplah badan kita nak serap nutrien-nutrien penting. Maka di sini lah pentingnya kita kena amalkan vitamin sebagai pelengkap nutrien.


Dapatkan vitamin Shaklee hari ini untuk atasi masalah jerawat anda dari dalaman.

Berikut adalah Vitamin-vitamin yang berperanan penting dalam mengekalkan kulit yang sihat dan bebas jerawat. Anda tidaklah diwajibkan mengambil kesemuanya. Ia adalah pilihan dan terpulang kepada budget anda.


ESP
Sumber protein penting untuk membina sel-sel baru. Sel-sel baru yang sihat akan lebih memudahkan penyerapan vitamin. ESP juga berfungsi untuk mempercepatkan pemulihan luka jerawat, mengurangkan parut dan mencantikkan semula struktur kulit.



Vitamin B-Complex
Vitamin B sangat-sangatlah bagus untuk mengurangkan stress. Stress pulak memang merupakan salah satu sebab kenapa jerawat muncul. Makanan-makanan yang kaya dengan Vitamin B adalah sayur-sayur hijau berdaun, daging, telur, dan ikan. Vitamin B juga sangat membantu dalam peredaran darah, mengurangkan kadar kolestrol, dan membantu dalam metabolisme protein, lemak dan gula. 

Vitamin E-Complex
Vitamin E adalah antioksidan. Vitamin E merupakan vitamin asas untuk kulit yang cantik. Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat, dan membantu kulit melawan radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit. Vitamin E membantu mempercepatkan pertumbuhan kulit dan memperbaiki struktur kulit. Makanan yang kaya dengan vitamin E adalah, kekacang, almond, biji bunga matahari, dan brokoli. Jika anda mempunyai masalah jerawat yang agak teruk, dos vitamin E yang disyorkan adalah sebanyak 400 UI sehari. 


Vitamin C Plus Sustained Release
Vitamin C dan bioflavanoids antioksidan adalah amat diperlukan untuk melancarkan metabolik dalam badan kita. Vitamin C amat penting untuk memulilhkan sel-sel dalam badan, melawan jangkitan kuman dan meningkatkan kadar imuniti badan. Bioflavanoids pula memainkan peranan penting sebagai antibakteria dalam tubuh. Selain itu, vitamin C juga penting untuk membina kolagen untuk mencantikkan semula kulit. Untuk merawat dan menghilangkan jerawat, sekurang-kurangnya 1000mg Vitamin C diperlukan setiap hari. 


GLA Complex
GLA Complex membantu mencairkan sebum yang berminyak dan mengecilkan pori dan rongga yang tersumbat. GLA juga penting dalam mengawal hormon yang menjadi punca jerawat


Zinc Complex
Zinc adalah mineral, bukannya vitamin. Tetapi zinc juga amat penting dalam menghilangkan jerawat. Ini kerana zinc membantu memulihkan luka dengan cepat dan juga mengurangkan kesan-kesan luka akibat jerawat. Kekurangan zinc juga merupakan penyebab jerawat muncul. Dos zinc harian yang dicadangkan adalah antara 25-30mg sehari untuk menghalang jerawat. 




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin Shaklee, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan seperti rundingan mengikut pilihan dan budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di  019-5633815



TESTIMONI PENGGUNA














Tuesday 19 May 2015

Mengapa Penting Memeluk Anak-anak Kita

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian untuk ibu bapa, mengapa memeluk anak-anak adalah sangat penting.

1. Pelukan membina kepercayaan dan rasa selamat. Ini membantu anak-anak supaya dapat berkomunikasi secara terbuka dan jujur dengan ibu bapa.

2. Pelukan meningkatkan tahap oxytocin, yang menyembuhkan perasaan kesepian, keseorangan, kekosongan dan kemarahan.

3. Pelukan meningkatkan harga diri. Ia memberikan satu perasaan yang mana anak akan berasa disayangi dan istimewa.

4. Pelukan mengurangkan ketegangan dalam badan.




Mulai hari ini, jom praktik lebihkan memeluk anak-anak kita. Anak-anak kita adalah anugerah tak ternilai yang perlu dijaga dan dibelai dengan kasih sayang.






Thursday 5 February 2015

10 Manfaat Shaklee CoQHealth Plus

Suplemen Shaklee CoQHealth Plus atau dikenali CoQ10 adalah amat penting untuk melindungi kesihatan jantung. Walaupun ia boleh didapati secara semulajadi dalam banyak makanan seperti daging lembu dan sayur-sayuran, jumlahnya dalam makanan sangat kecil.

Berbeza dengan kapsul ini, ia mengandungi 28g CoQ10 dengan vitamin E dan ekstrak teh hijau bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. Untuk mendapatkan jumlah yang sama, kita perlu mengambil hampir 1.7 kg ayam atau 28 cawan brokoli setiap hari. Pasti ia adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.






Menurut Bradford Richardson, Presiden Shaklee Antarabangsa, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi pada usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya.

Pada usia 40 tahun dikatakan jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah yang pernah dihasilkan pada usia 20 tahun. Oleh kerana ramai orang selepas umur 40 tahun mempunyai paras CoQ10 yang rendah, maka mengambil suplemen CoQ10 adalah difikirkan sebagai salah satu pelaburan yang amat berharga untuk mencapai penuaan yang berkualiti.

CoQ10 bertindak umpama spark plug bagi sel untuk menukarkan makanan kepada tenaga untuk fungsi sel. Sel tubuh kita membakar gula dan lemak daripada makanan dan CoQ10 diperlukan dalam proses ini. Proses penghasilan tenaga inilah yang membolehkan jantung berdegup dan organ lain berfungsi.




Manfaat CoQHealth Plus

1. Kesihatan Jantung 
Sebagai rawatan dan pencegahan penyakit jantung,penyakit kardiovaskular, termasuk arterosklerosis (arteri tersumbat) dan menguatkan otot jantung.

2. Kanser
Doktor telah menggunakan CoQ10 untuk merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan pada pesakit yang menerima kemoterapi.

3. Penyakit Gusi
CoQ10 juga telah dengan keputusan baik untuk merawat gejala distrofi atau penyakit gusi

4. Kesihatan Mental
Kajian makmal menunjukkan bahawa pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat daripada CoQ10 tambahan.

5. Rawatan Obesiti
Kajian menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 boleh mengurangkan berat badan.

6. Kesuburan
CoQ10 turut dikaitkan dengan peningkatan jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki.

7. Ginjal
Penting untuk kesihatan ginjal.

8. Migrain
Membantu merawat migrain.

9. Diabetes
CoQ10 boleh meningkatkan insulin dan amat baik untuk pesakit kencing manis

10. Kesan sampingan ubat-ubatan
CoQ10 boleh melindungi daripada kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan seperti beta-blockers dan beberapa antipsikotik. Pengambilan ubat-ubatan yang kerap boleh mengganggu sintesis CoQ10 dalam tubuh


Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?

Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai 30an, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan CoQ10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia ini jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.



Cara pengambilan
1 biji selepas selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak. 


Untuk sebarang order, bolehlah menghubungi / wasap saya di 019-5633815.

Wednesday 4 February 2015

10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Jutawan Akhirat

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi-pagi kena ceria, muka manis, barulah mudah rezeki nak masuk kan. Yang muka masih masam-masam tu, cuba senyum-senyum dulu, haa kan nampak manis je..hihi.

Ok saya ada terbaca entry menarik dari Dr Azizan Osman. Apakah rutin pagi yang dilakukan oleh seorang jutawan akhirat. Menarik kan tajuknya.

Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh Dr Azizan. Semoga beroleh manfaat untuk kita menjadi seorang jutawan akhirat.

===============================================================================

Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat?



Jika kita ingin lihat samada kita bakal menjadi seseorang yang berjaya dalam jangkamasa panjang, cuba perhatikan adakah kita mempunyai rutin pagi yang bagus, sihat dan produktif.

Salah satu perkara yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang berjaya terutamanya adalah jutawan ialah ketika saya bertemu Robin Sharma, penulis buku laku keras "The Monk Who Sold The Ferrari" serta billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum di Toronto baru-baru ini.

Di dalam forum tersebut yang saya hadir bersama 140 orang yang berjaya di dalam pelbagai industri mereka dari 45 buah negara dalam dunia di kalangan kami merupakan multi-millionaire, billlionare dan philantrophist serta business leader.

Di antara perkara yang kami bincangkan atau kenalpasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya setiap hari? Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangkamasa panjang.

Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat) :-

1/ Bangun awal pagi seawal 4pagi dan paling lambat 5pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam selewat-lewatnya 10 malam)

2/ Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)

3/ Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi)/ Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi)/ Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)

4/ Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh

5/ Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga

6/ Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)

7/ Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik

8/ Minum pagi/ sarapan

9/ Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

10/ Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam. Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.

Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.

Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi cuma di perkemaskan over the years dan di sesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.

Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.

*Ingat :-

1/ jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.

2/ jika anda bekerja, adjust rutin ini.

3/ kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara insiden.

Jika baik amalkan, jika tidak abaikan.

Kongsikan dengan 9 orang lain yang anda kasihi jika ianya bermanfaat.


Love

Azizan Osman

Monday 2 February 2015

Promosi Gempak Shaklee Februari 2015

Sekejap saja masa berlalu, dah masuk Februari 2015..Sekejap jugalah promosi setiap bulan habis, keluar pula promosi baru.

Bulan Februari 2015, Shaklee sekali lagi buat promosi tergempak. Rugi siapa yang tak rebut time promosi macam ni. Memang jimat sangat lah.

Ok, jom tengok apa promosi bulan ni.

1.  Vitalea Iron Formula (adult) : Buy 6 Free 1 @ Twin Pack get 5% off.

 2. Ostematrix   : Buy 6 Free 1 @ Twin Pack get 5% Off


 3. Vitalea For Kids : Buy 3 Free1


 4. Advanced  Joint  Health Tablet : Buy 3 Free 1




Banyak kan promosi. Jika nak order, boleh hubungi saya di 019-5633815

you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...