Kasih Ibu

Wednesday 27 February 2013

Kelebihan Garlic Sebagai Antibiotik


Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Garlic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.


Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
Menormalkan keseimbangan lipoprotein
Menurunkan tekanan darah
Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
Berfungsi sebagai anti-oksidan
Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
Bantu rawat asthma

 Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee 

1.   Pengekalan 100% Allicin aktif 
2.   Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic 
3.   Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu  Rosemary dan Spearmint. 
4.   Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic 
dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang
 digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol. 
5.   Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.


Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh

1.  Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana 
     mengandungi ekstrak spearmint.

2.  Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan   
     sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, 
     kulat, kuman, virus dan yis candida

3.  Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit 
     alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4.  Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung 
     perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5.  Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic 
     sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang 
     merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara 
     penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6.  Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam 
     tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung 
     dalam tubuh tanpa kita sedari.

7.  Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, 
     mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
     strok dan penyakit koronari.

8.  Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan 
     pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana 
     mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh 
     dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air terkumpul dalam badan terutama pada kaki dan 
    pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan 
     brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan 
      meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
      - Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
      - Perut memulas (stomach upset)
      - Cirit-birit (Diarrhea)
      - Bronkitis
      - Luka-luka (infected wounds)
      - Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, 
        sistem air kencing
     

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dan lain-lain dan anda berasa khuatir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambil supplemen garlic yang antara kebaikannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula  dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?

COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815


credit to sihatmacamyaya

Tuesday 26 February 2013

Gambar Menarik Molekul Air, Rahsia Air Kosong

credit to mohamadazhan
 
Salam untuk semua, entri info sihat yang lepas adalah berkaitan tentang kebaikan minum air kosong. Sekarang saya ingin kongsikan pula tentang air kosong yang dibacakannya dengan ayat2 Al Quran yang mulia. Lihat gambar di atas! Subhanallah, cantik dan indah kan, itu adalah molekul air zam-zam. Dibawah dikisahkan tentang isi ceramah yang disampaikan oleh Ust Abdullah, seorang penceramah UM. Jom layan info menarik ni.. 
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar boleh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan di bawah:
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).


Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"


Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Laluprofesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakahini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".


Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.


"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."


Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).


Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau. ... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah. .... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.


Beberapa Gambar Menarik Molekul Air

Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan kata yang baik kepadanya.
Ketika dibacakan doa untuk kesembuhan di depan sebotol air
 
 
Selain itu, jika kita sekadar menampal perkataan baik seperti ucapan terima kasih, juga membentuk molekul yang cantik. Begitulah juga jika sebaliknya.
Selanjutnya ditunjukkan kata ”malaikat” : terbentuk rantai dengan kristal hexagonal yang indah (gambar kiri) dan ketika ditunjukan kata "setan", kristal berbentuk buruk dengan bola api ditengah (gambar 
 Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan perkataan yang buruk kepadanya


Apabila diperdengarkan muzik heavy metal 
 
 
 
Apabila disebut Adolph Hitler :
 
You Make Me Sick, I Will Kill You  
 
 
Aktiviti

Inilah satu keajaiban Allah s.wt yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan kalau air itu diucapkan kalimah Allah s.w.t. tentulah lagi berkilaulah cahaya molekulnya. Di sini saya nak ajar satu ilmu kepada pembaca blog ini berkaitan dengan air dan diharap pembaca blog ini dapat mencubanya. Ambil air mineral sebanyak 2 gelas dan ambilkan satu tasbih.
  
Untuk gelas pertama cuba bacakan kalimah Allah seperti bismillah @fatihah@yaasin dan sebagainya.

a. Untuk gelas kedua cuba ucapkan kata-kata yang jahat pada air itu seperti
jahanam,celaka,sial dan sebagainya. Kemudian ambilkan tasbih letakkan diatas gelas tersebut. Insyaallah gelas yang dibisikkan kalimah Allah akan berputar tasbihnya dan gelas yang gelas yang dibisikkan kata yang jahat tidak akan berputar. Tapi dengan syarat kena "yakin".In Sha Allah. Semoga ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Pentingnya Sarapan


Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?

Sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.
 
Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.
 
Hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan dan mudah untuk disediakan.
 
1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.
 
2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.
 
3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua minggu.

4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.

6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.

Monday 25 February 2013

10 Makanan Yang Baik Untuk Otak Bayi




1. Salmon 
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
 
2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.

3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.

7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.

9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

Saturday 16 February 2013

Vivix Shaklee Bantu Lambat Penuaan Wajah


Oleh Siti Zarinah Sahib

sitizarinah@hmetro.com.my

2010/01/22.

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.

Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. 

Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. 

Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.

Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. 


Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix Shaklee iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix Shaklee juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix Shaklee berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.

Katanya, Vivix Shaklee kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?

COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815

Friday 8 February 2013

Pemakanan Yang Sihat Untuk Ibu Mengandung



Pengambilan minyak ikan Omega 3 merupakan makanan terbaik untuk perkembangan otak bayi. Kandungan EPA dan DHA yang boleh ditemui dalam minyak ikan diperlukan untuk perkembangan yang sihat.

Minyak ikan juga penting untuk ibu. Pada peringkat ketiga kehamilan , ibu akan memindahkan kebanyakkan simpanan DHA kepada janin yang diperlukan untuk pembentukkan sistem saraf dan otak bayi.

Begitu juga dengan pengambilan susu semasa hamil. Susu mengandungi protein, kalsium, choline, potasium, fosfor, niasin, Vitamin A, Vitamin B12, Vitamin D dan beberapa mineral penting lainnya.

Ibu hamil yang secara rutin mengambil susu mengandungi choline akan melahirkan bayi yang memiliki kemampuan memori yang sangat baik. Susu yang mengandungi choline sangat berpengaruh kepada perkembangan otak dan pusat memori otak janin.

Bagaimana Omega Guard Shaklee boleh membantu?



Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak 50 tahun lalu, Omega Guard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semulajadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan bukan hati ikan yang memberi kesan toksik.

Siapa yang sesuai mengambil Omega Guard?

Ibu hamil
Ibu menyusu
Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
Lelaki
Warga Emas
Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
Mereka yang mementingkan kehidupan sihat




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?

COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815
Shaklee ID No: 885525

Legakan Sakit Sendi Dengan Advanced Joint Health Tablet


Adakah anda sering mengalami sakit sendi pada bahagian lutut terutamanya ketika mahu duduk, berdiri dan berjalan untuk jangka masa yang agak lama?

Jika ini berlaku menandakan otot-otot sendi anda semakin lemah. Puncanya boleh disebabkan anda kurang bersenam dan kekurangan kalsium.

 Sakit sendi dikatakan cukup menyeksakan kerana boleh menyebabkan anda semakin malas untuk berjalan dan rasa tidak selesa untuk duduk dan bangun. Sakit sendi juga berlaku disebabkan peningkatan usia kerana tulang menjadi lebih lembut dan cepat haus. Kadang-kadang berat badan juga boleh mengakibatkan anda mengalami sakit sendi dibahagian lutut . Jika berat badan berlebihan , maka lutut/otot di bahagian otot sukar untuk menampung berat badan sehingga menyebabkan sakit lutut.



Anda boleh mencuba Shaklee Advanced Joint Health Tablet yang mengandungi ekstrak unit Boswellia aktif dengan paten tertunda , ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Campuran formula saintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamina yang pekat dalam campuran yang akan memanfaatkan kesihatan sendi dengan :-


- Menyokong keselesaan sendi

- Membantu mengekalkan tulang rawan

- Memelihara tisu penyumbang yang sihat



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?

COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815
Shaklee ID No: 885525

Thursday 7 February 2013

Kesan Minum Air


Simptom pre menopaus


Antara simpton yang dialami oleh wanita pre menopaus ialah
1. Sentiasa berasa panas dan berpeluh pada waktu malam

2. Haid yang tidak menentu, banyak sedikit, sekejap mahupun dalam jangka yang lama

3. Sukar untuk tidur pada waktu malam

4. Emosi yang kurang stabil, kebimbangan, tekanan dan mudah marah

5. Kulit kering dan rambut mudah gugur

6. Penurunan nafsu seks

7. Kekeringan vagina



Namun begitu pre monopaus boleh dikesan oleh doktor. Anda boleh melakukan pemeriksaan tiroid dan juga pemeriksaan darah untuk menentukan tahap hormon dan ia juga boleh membantu mengesan proses pra menopaus.



Kehilangan estrogen menyebabkan perubahan ketara hubungan seksual wanita. Mereka tidak lagi tertarik kepada seks dan kurang berasa sensitif terhadap sentuhan. Kekurangan estrogen juga menyebabkan peningkatan jumlah darah yang mengalir ke dalam vagina. Peningkatan aliran ini memberi impak kepada cairan vagina dan menyebabkan ia kering dan tidak selesa ketika melakukan hubungan seks. Namun begitu tidak semua wanita mengalami masalah ini.



Aktiviti riadah, waktu tidur yang terancang, diet yang seimbang, pengambilan makanan tambahan dan menjauhkan diri dari rokok dan alkohol dipercayai dapat membantu mengurangkan simptom-simptom pra menopaus.



Antara vitamin yang diperlukan oleh setiap badan  wanita ialah



Vitamin C berfungsi untuk menyokong sistem imun, memulih pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, membantu penyerapan zink, Ia juga popular untuk kecantikkan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.


Kelebihan Vitamin B-Complex ialah mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, menukarkan makanan kepada tenaga, menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular yang lebih baik.

Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat."Sebagai antioksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif", Ia mengandungi bahan anti penuaan yang menbantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.


GLA Complex berfungsi untuk membantu mengawal dan mengatur kitaran haid, membantu meningkatkan kesuburan, melegakan PMS (sindrom pra haid), membantu dalam menangani menopaus, menguatkan kuku dan rambut, menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri, membantu menangani ekzema, melegakan simpton akibat artritis reumatoid, mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri, menguatkan imuniti tubuh, memperlahankan proses penuaan, mengurangkan blood clot yang boleh menyebabkan serangan jantung, mengawal kencing manis dan darah tinggi, mengawal kolesterol dan untuk fungsi saraf




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?

COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815
Shaklee ID No: 885525



you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...