Kasih Ibu

Saturday 23 March 2013

Hadiahkan Omega Guard untuk orang yang tersayang


Omega Guard salah satu supplement yang sesuai untuk dihadiahkan kepada kedua ibu bapa. Ia bagus untuk sendi, meningkatkan daya ingatan, membantu meningkatkan daya tahan tubuh serta bagus untuk saraf selain memanaskan tubuh.

Kebanyakan orang tua mudah merasa sejuk kaki atau tubuh badan dikala usia makin meningkat. Omega turut membantu memberi ketenangan bagi pengidap rheumatisme serta gout kerana ia membantu melegakan sakit akibat bengkak atau serangan sendi.

Bagi anak-anak, selain membantu meningkatkan DHA otak, ia turut membantu memanaskan badan dan ini membantu mengurangkan risiko asma dikalangan anak-anak.

Wanita yang telah melahirkan anak terdedah kepada masalah kurang mengingat atau kata lain mudah lupa. Maka pengambilan omega membantu mengatasi masalah ini.

Selain bagus untuk jantung Omega mempunyai banyak manfaat lain selain membantu sistem dalam tubuh berfungsi dengan baik dan untuk kesihatan yang optimum.


credit



 

Istimewanya Ostematrix

Ibu mengandung selalunya akan mengalami krem pada tangan, kaki..amat menyakitkan bukan..ambil ostematrix, masalah pun selesai.



Hadiahkan buat ibu tersayang anda

 

Ostematrix Shaklee penyelesaian untuk sembelit dalam pantang



Nukilan Mama Ain

Sembelit dalam pantang merupakan sesuatu perkara yang amatlah menderita untuk dilalui. Menghabiskan banyak masa di toilet hanya kerana menunggu najis untuk keluar dengan sendiri adalah sesuatu yang mustahil... Apa tidaknya, berpeluh-peluh dihabiskan masa hanya duduk dalam toilet yang harum baunya tanpa kipas mahupun aircond, tapi keluar dengan perasaan hampa...

Kepada yang mengalami sembelit dalam pantang, rasanya inilah saat2 sukar untuk dilalui. Hanya kerana nyilu dan takut jahitan tetes dengan sendiri...Owhhhh tidak!!!! rasanya tak sanggup untuk melalui saat2 kena jahit sekali lagi...

Tahukah anda? Setiap orang mempunyai pola berak yang berbeza. Ada yang berak 2 kali sehari, ada yang berak lebih dari itu (diarrhea), ada yang berak sekali sehari (yang ni normal), ada juga yang berak 3 kali seminggu. Kekerapan seseorang itu berak memang berbeza. Mungkin faktor pemakanan, genetik mahupun tabiat nya begitu... Almaklumlah, dalam pantang ni, nak kena jaga makan dan minum skit... Takkanlah kita nak teran berak sampai muka merah padam...

Solusinya ialah, Ostematrix. 4biji sehari diamalkan setiap hari. Ianya sangat berkesan, bukan sahaja memberikan tenaga kepada saya, malah ianya melengkapkan kandungan kalsium di dalam badan. Al-maklumlah ibu menyusu perlukan kalsium yang banyak, bagus untuk gigi, gusi, tulang, krem dan juga sakit belakang.

Ostematrix ialah Kalsium, Magnesium & Vitamin D.
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.






COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815

Kalsium..untuk ibu dan si manja


Bagi bayi/anak yang masih menyusu, kalsium juga disalurkan kepada anak/bayi melalui susu ibu..jadi ibu-ibu boleh mengambil Ostematrix untuk tujuan tambahan kalsium pada ibu dan bayi /anak.

Jika tak cukup kalsium dalam badan si ibu, maka kalsium tersebut akan ditarik daripada tulang-tulang ibu..sebab itu bagi ibu menyusu yang tak cukup kalsium akan rasa kebas,lenguh dan sengal badan. Hal ini terjadi disebabkan kalsium tersebut ditarik untuk memenuhi keperluan bayi/anak.. Jadi, ibu akan menghidap masalah reput tulang atau osteoporosis dengan cepat jika keadaan ini berlarutan..

Dapatkan Ostematrix dengan harga berbaloi-baloi..Jangan biarkan ibu dan si manja kesayangan dilanda kekurangan kalsium.



Sila hubungi / sms 019-5633815 untuk pesanan.

Gout

Bagi pesakit gout, mereka disarankan TIDAK mengambil makanan yang berprotin tinggi terutama makanan laut seperti ketam, udang termasuklah ikan bilis. Ikan pula boleh tapi berpada-pada juga terutama ikan sardin, memang boleh membuatkan lebih teruk keadaan pesakit gout itu. Sayuran kekacang juga perlu dikurangkan. Buahan-buahan juga seperti pisang cuba dielakkan kerana ada sesetangah pisang memberi impak kepada pesakit gout yang boleh mengakibatkan sendi-sendi menjadi bengkak.

Makanan lain pula, disarankan pesakit gout mengambil dengan kadar berpada-pada.

Bagaimana untuk mengurangkan serangan gout kepada pesakit? Pesakit gout perlu mengambil beberapa supplement yang dapat membantu mengurangkan kadar urik asid di dalam badan mereka.

Antara supplement tersebut ialah





1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

4. Omega Guard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi-sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

3. Advanced Joint Health Tablet – Memberi keselesaan pada sendi dan mengelakkan radang sendi.

Nampak banyak? Namun inilah yang paling asas dapat saya bantu. Jika dapatkan konsultasi dari doktor, mereka pasti menyarankan pesakit bergantung dengan ubat selama-lamanya namun kesan ke atas buah pinggang hanya pesakit yang menanggungnya.


credit




COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815

Bacaan Hemoglobin

Bacaan hemoglobin (HB) diambil untuk menentukan ibu tak mengalami anemia/ kurang darah.

Bacaan yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter)

Bagi wanita tak mengandung pula : 12 - 15 g/dl

Sekiranya bacaan rendah dari 11 g/dl maka ibu mengandung adalah anemia.

Sebab-sebab anemia/ kurang darah:
• Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
• Pendarahan
• Kanser
• Penyakit buah pinggang/ hati
• Hypothyroidism
• Thalassemia

Anda mengalami masalah anemia/ kurang darah? Vita-lea Iron Formula dapat membantu atasi masalah tersebut.



Berminat? Sila hubungi saya / sms 019-5633815 untuk pesanan dan info.

Friday 22 March 2013

Petua Hilangkan Jerawat


Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari

Wednesday 20 March 2013

10 RAMUAN BAHAYA DALAM MEE SEGERA


Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.

Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas.

Rujukan : Akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

Sunday 10 March 2013

Jakim Iktiraf Shaklee Adalah Halal

Ramai yang bertanya mengenai kehalalan produk Shaklee ni kan..Untuk pengetahuan semua, mana-mana produk Shaklee yang telah berada di pasaran Malaysia ini telah pun disahkan halal oleh pihak Jakim.  Mari kita tengok..




 ISA Tersenarai Dalam Badan Islam Yang Diiktiraf Oleh JAKIM





Shaklee Halal Certificate from ISA - Update Februari 2013




Akreditasi Halal ISA Oleh JAKIM



 Pencerahan tentang status HALAL Bovine Gelatine










Apa Istimewanya Lecithin Shaklee ni??

Assalamualaikum

Hari ini saya nak berkongsi mengenai kepentingan dan kebaikan Lecithin..Jom kita lihat..

Kepentingan Lecithin
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

 

Kandungan Lecithin 
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

KEGUNAAN LECITHIN
 
PALING UTAMA

  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolesterol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA

  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dan sebagainya.
UNTUK PENGHADAMAN

  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL

  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


    Kepada mereka yang nak kuruskan badan, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan. Lecithin juga selamat diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak..

    * Credit to Kak N, Hadha & Hasmah

Thursday 7 March 2013

Usah Abai Keperluan Kalsium


Biasanya, kalsium dikaitkan dengan tulang dan gigi. Tetapi tahukah anda apa kebaikan kalsium yang lain?

Jom baca apa kebaikan kalsium untuk badan kita



10 Kebaikan Kalsium:


Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.





Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan   osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.



Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.





Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.



Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.



Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.


Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.


Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.



Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.



Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.



Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.



Tak Suka Minum Susu??



Anda tak suka minum susu? Itu tandanya anda mungkin kekurangan kalsium dalam badan anda.  Semua orang tahu kalsium penting untuk kesihatan tulang, gigi dan sebagainya.

Apa alternatif atau pilihan lain jika tak suka susu?
Bagi yang kurang mengambil susu, anda amat digalakkan untuk mengambil kalsium dalam bentuk tablet untuk kesihatan anda.

Berapa banyak kalsium perlu diambil?
Institut Kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya, tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis. 

Suplemen kalsium pilihan saya? 

Sudah tentulah Shaklee Ostematrix. Kenapa Ostematrix? Sebab Ostematrix dilengkapi dengan unsur kalsium, magnesium dan vitamin D. Vitamin D penting untuk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4 biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi akan rasa cergas sekali...


Nak tau apa yang bestnya ambil Ostematrix ni? Jom kita tengok apa kata pengguna yang telah mencuba...

Masalah krem tiada lagi..



Lenguh-lenguh badan pun hilang.



Patah kaki akibat terjatuh..


Ostematrix memang berbaloi-baloi untuk di ambil. Tambahan pula, bulan March ni ada promosi Ostematrix beli 6 botol percuma sebotol..Kalau nak beli sebotol pun boleh..Cepat..hanya di bulan ini sahaja.. Hubungi saya sementara promosi masih berlangsung.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?

COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815



you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...