Ramai yang bertanya bilakah waktu sesuai utk pengambilan sesuatu vitamin. Di sini saya kongsikan Panduan Pemakanan Vitamin untuk anda semua.
Vitamin Larut Air (B dan C) : Diambil bersama segelas air dan elakkan pegambilan makanan berlemak/berminyak.
Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) : Diambil selepas mengambil makanan berlemak dan berminyak untuk memudahkan penyerapan.
Ostematrix (kalsium) :
Diambil bersama minuman bersusu atau sebelum tidur. Sebagaimana susu
dikatakan membantu untuk tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
Lecithin : Diambil bersama-sama vitamin larut lemak yang lain.
Apa yang tidak digalakkan:
1. Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia mengganggu penyerapan alfalfa.
2. Mengambil
supplement zat besi (iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh
menganggu penyerapan kalsium. Walaubagaimanapun kini zat besi sudah
dilengkapi bersama-sama Vitalea. Oleh itu, jika boleh ambil kedua-duanya
pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan antara
keduanya.
3. Pengambilan
vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi memudahkan penyerapan.
Ambil vitamin dan mineral dalam kadar yang dicadangkan kerana
pengambilan vitamin atau mineral yang berlebihan terutamanya vitamin
larut lemak boleh membahayakan kesihatan. Kerana ianya disimpan dlm
badan dan boleh menjadi toksik.
4. Elakkan
pengambilan multivitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama
minuman tenusu seperti susu kerana ianya akan mengurangkan efiesiensi
penyerapan zat besi tubuh kita.
Peringatan:
- Perlu minum 3 liter sehari
- Perlu ambil makanan yang seimbang
No comments:
Post a Comment