Kasih Ibu

Sunday 27 January 2013

Petua Membuang Toksin


Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.

Buah epal dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman. Jus ini juga dikatakan sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan mempunyai masalah darah tinggi. Tapi tidak digalakkan minum setiap hari, boleh diselang sehari atau 2-3 kali seminggu.

Dengan panambahan dalam pengambilan buah-buahan seperti epal, yang bukan sekadar sedap dan rangup, malah baik untuk tubuh badan! Menurut saintis, epal mempunyai bilangan bahan kimia, yang terdapt pada isi dan kulitnya, yang lebih berkesan dari pengambilan Vitamin C. Bahan kimia tersebut dikenali sebagai flavanoid dan polyphenol yang menjalankan fungsi sebagai anti-oksida, menghapuskan molekul yang bertanggungjawab merosakkan sel yang menyebabkan penyakit.

Kandungan Dalam Sebiji Epal
  • Asid Malik dan tartaric
  • Pektin
  • Flavonoid

No comments:

Post a Comment

you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...