Khasiat Buah Kurma Buat Ibu Hamil
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,
sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang
tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya”.
Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah membawakan
perkataan ‘Amr bin Maimun di dalam tafsirnya : “Tidak ada sesuatu yang
lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan kurma basah”.
Ruthab (kurma basah) mencegah terjadinya pendarahan bagi
perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses
pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang
berikutnya. Hal ini kerana dalam kurma segar mengandungi hormon yang
menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kelahiran.
No comments:
Post a Comment