Secara umumnya, 0.45 kg berat badan bersamaan dengan 3,500
kalori. Jika anak anda mengambil lebih kurang 150 kalori lebih sehari, dalam
masa tiga minggu berat badannya meningkat 0.45 kg.
Kasih Ibu
Sunday, 16 December 2012
Kutu
-
Jangkitan kutu tidak menunjukkan seseorang itu
pengotor. Hal ini terjadi kerana ia sangat mudah berjangkit terutamanya sekali
di kalangan anak-anak di peringkat pra sekolah.
-
Telur kutu akan menetas antara seminggu hingga
dua minggu selepas bertelur.
-
Kutu dewasa memiliki enam kaki, tidak bersayap
dan berukuran dua hingga empat milimeter panjang. Jangka hayatnya ialah
kira-kira sebulan.
-
Kutu menghisap darah beberapa kali dalam sehari
tetapi ia boleh kekal hidup sehingga dua hari selepas terjatuh dari kulit
kepala.
Susu ibu
Susu ibu beku perlu di simpan di ruangan belakang dalam peti
sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan
menutup pintunya. Jadi, pastikan semua bekas penyimpan susu ibu ditutup rapat untuk mengelakkan sebarang
pencemaran.
Kurma
Di dalam setiap 100 gm kurma terdapat 50 IU vitamin A, 0.09
mg tiamin, 0.10 mg ribofalvin, 2.20 mg niasin dan 666 mg kalium. Zat-zat
pemakanan ini berupaya membekalkan tenaga selain daripada membantu kulit dan
saraf agar sentiasa sihat.
Subscribe to:
Posts (Atom)



