Kasih Ibu

Sunday, 16 December 2012

Kalori


Secara umumnya, 0.45 kg berat badan bersamaan dengan 3,500 kalori. Jika anak anda mengambil lebih kurang 150 kalori lebih sehari, dalam masa tiga minggu berat badannya meningkat 0.45 kg. 

Kutu



-          Jangkitan kutu tidak menunjukkan seseorang itu pengotor. Hal ini terjadi kerana ia sangat mudah berjangkit terutamanya sekali di kalangan anak-anak di peringkat pra sekolah.

-          Telur kutu akan menetas antara seminggu hingga dua minggu selepas bertelur.

-          Kutu dewasa memiliki enam kaki, tidak bersayap dan berukuran dua hingga empat milimeter panjang. Jangka hayatnya ialah kira-kira sebulan.

-          Kutu menghisap darah beberapa kali dalam sehari tetapi ia boleh kekal hidup sehingga dua hari selepas terjatuh dari kulit kepala.

Susu ibu



Susu ibu beku perlu di simpan di ruangan belakang dalam peti sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup pintunya. Jadi, pastikan semua bekas penyimpan susu ibu  ditutup rapat untuk mengelakkan sebarang pencemaran.

Kurma



Di dalam setiap 100 gm kurma terdapat 50 IU vitamin A, 0.09 mg tiamin, 0.10 mg ribofalvin, 2.20 mg niasin dan 666 mg kalium. Zat-zat pemakanan ini berupaya membekalkan tenaga selain daripada membantu kulit dan saraf agar sentiasa sihat.

you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...