Kasih Ibu

Saturday, 15 December 2012

Kulit Cantik Dan Sihat Dengan Shaklee Collagen Powder

Anda inginkan kulit wajah dan tubuh yang cantik dan sihat sempurna? Anda boleh dapat lebih daripada itu dengan Shaklee Collagen Powder. 



Apa itu kolagen? Kolagen merupakan tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Lebih kurang 72% daripada kulit kita adalah kolagen dan 80% daripada tulang kita adalah kolagen. Kolagen turut melindungi organ, kornea, perut, hati, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan banyak lagi.
Betapa pentingnya kolagen dalam tubuh kita. Ia banyak membantu membina kecantikan dan kesihatan. Ia dapat mengekalkan badan yang muda, anti penuaan, mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan. Kekurangan kolagen dalam tubuh boleh mengakibatkan:
  • Proses penuaan terjadi dengan cepat dan kulit hilang keanjalan
  • Garis kesan ketawa dan kedutan wajah lebih cepat terbentuk
  • Lingkaran hitam dan bengkak bawah mata
  • Penglihatan yang kabur
  • Rambut kering dan bercabang
  • Masalah kulit seperti liang roma yang besar, pigmentasi, jeragat dan kulit yang kekuningan
  • Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan
  • Payudara dan punggung yang melendut dan tidak kenyal
  • Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan
  • Sakit belakang dan sendi
Anda boleh mencuba Shaklee Collagen Powder untuk mencegah masalah kehilangan/kekurangan kolagen dalam badan. 

Keistimewaan Collagen Powder ini ialah ia dihasilkan dari sisik ikan merah yang mana ia merupakan sumber kolagen yang sangat lasak. Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5,000 meter, di mana ia adalah sukar bagi ikan biasa untuk hidup di bawah keadaan laut yang bertekanan tinggi sebegitu. Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun. 

Selain itu, Shaklee turut menambahkan 7 ramuan yang aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen dan menyokong kecantikan dari dalaman ke luaran. Maka, ia sebenarnya LEBIH DARIPADA HANYA KOLAGEN! Berikut merupakan kesan yang boleh anda perolehi dengan pengambilan serbuk Collagen Powder:
  • Mengurangkan kedutan dan liang roma terbuka
  • Mengembalikan keanjalan kulit
  • Melembab dan mengurangkan kekeringan kulit
  • Menyuburkan kuku dan rambut yang lebat dan bersinar
  • Menegangkan payudara dan punggung
  • Mencerahkan pigmentasi dan jeragat
  • Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
Ujian klinikal menunjukkan pengguna akan mengalami perubahan berikut setelah menggunakan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu berturut-turut. Namun, ramai pelanggan mengatakan kesannya sudah dapat dilihat pada minggu ke-2 lagi:

  • Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
  • Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
  • Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
  • Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
  • Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
  • Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
  • Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.



COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815
Shaklee ID No: 885525


Vitamin C

Sedikit fakta mengenai vitamin C. Tahukah anda, tidak seperti haiwan, badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendirinya? Contoh, arnab mampu menghasilkan 18 g vitamin C setiap hari. Disebabkan kita bukanlah arnab, maka kita terpaksa mendapatkan vitamin C melalui buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dapat menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Jika tidak ranum, kandungan vitamin C akan berkurang. Ia akan makin berkurang kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah jika terdedah kepada kepanasan.




1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100 mg vitamin C. Stress, pengambilan pil penahan sakit dan pil perancang akan menyusutkan lagi kandungan vitamin C. Plus, sifat vitamin C adalah larut dalam air, maka kandungan vitamin C akan selalu hilang dari badan kita. Oleh itu, kita memerlukan supplement tambahan untuk memastikan badan kita dilengkapi dengan vitamin C.

Vita-C keluaran Shaklee adalah unik kerana ia bersifat sustained release, di mana kandungan vitamin C itu akan dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan. Ingat, vitamin C adalah bersifat larut air. Sekiranya vitamin C itu bukan dari jenis sustained released, ia akan terus larut dalam badan kita, maka kandungan vitamin C dalam badan kita hanya dapat bertahan untuk beberapa minit sahaja. 2 tablet Vita-C mampu mengekalkan kandungan vitamin C dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Satu lagi keunikan Vita-C Shaklee adalah kandungan Bioflavonoids Complex yang terdapat dalam Vita-C itu. Bioflavonoids tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita, ia perlu dibekalkan melalui diet pemakanan kita. Bioflavonoids membantu meningkatkan keberkesanan vitamin C. Ia juga bersifat antibakteria.

1 tablet Sustained Release Vita-C juga bersamaan dengan pengambilan 7.5 biji oren dan bersamaan dengan pembebasan 1.5 biji oren setiap sejam. Manfaat utama vitamin C adalah seperti berikut:
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Mengurangkan symptom selsema
  • Merangsang pembentukan kolagen
  • Mempercepatkan penyembuhan luka, gusi berdarah, lebam, etc.
  • Mencantikkan kulit
  • Membantu penyerapan zat besi dan folic acid dengan lebih berkesan (bagus untuk wanita hamil)
  • Menghapuskan radikal bebas dan memerangi kanser
  • Mencegah penyakit scurvy
  • Mengekalkan kolestrol yang sihat
Perokok, wanita hamil dan menyusu memerlukan dos vitamin C yang lebih tinggi. Sustained release Vita-C selamat digunakan ketika mengandung, selepas melahirkan dan sepanjang proses menyusu bayi anda.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.


Sila hubungi / sms 019-5633815
Shaklee ID No: 885525


 

Thursday, 13 December 2012

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Ramai yang bertanya bilakah waktu sesuai utk pengambilan sesuatu vitamin. Di sini saya kongsikan Panduan Pemakanan Vitamin untuk anda semua.

Vitamin Larut Air (B dan C) : Diambil bersama segelas air dan elakkan pegambilan makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) : Diambil selepas mengambil makanan berlemak dan berminyak untuk memudahkan penyerapan. 

Ostematrix (kalsium) : Diambil bersama minuman bersusu atau sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan membantu untuk tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama-sama vitamin larut lemak yang lain.

Apa yang tidak digalakkan:

1. Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia mengganggu penyerapan alfalfa.

2. Mengambil supplement zat besi (iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh menganggu penyerapan kalsium. Walaubagaimanapun kini zat  besi sudah dilengkapi bersama-sama Vitalea. Oleh itu, jika boleh ambil kedua-duanya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan antara keduanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi memudahkan penyerapan. Ambil vitamin dan mineral dalam kadar yang dicadangkan kerana pengambilan vitamin atau mineral  yang berlebihan terutamanya vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan. Kerana ianya disimpan dlm badan dan boleh menjadi toksik.

4. Elakkan pengambilan multivitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ianya akan mengurangkan efiesiensi penyerapan zat besi tubuh kita. 

Peringatan:

- Perlu minum 3 liter sehari
- Perlu ambil makanan yang seimbang

Ibu hamil awas diabetes



Dalam hal ini, tidak terkecuali bagi ibu-ibu yang mengandung malah golongan ini bukan sahaja perlu memastikan janin yang dikandung sihat, mereka juga disaran agar menjaga kesihatan diri masing-masing sepanjang tempoh sembilan bulan tersebut.

Ini kerana ketika inilah pelbagai jenis penyakit mudah 'melekat' tatkala perubahan hormon di dalam badan berlaku.

Tidak dinafikan kehamilan adalah suatu pengalaman unik bagi wanita, begitupun ia pastinya menjadi satu igauan ngeri apabila diri disahkan menghidap kencing manis ataupun darah tinggi ketika mengandung.
Menurut Naib Presiden Kanan, Operasi Antarabangsa Serantau, Novo Nordisk, Jesper Hoiland, di Malaysia angka yang ditunjukkan di kalangan ibu mengandung menghidap kencing manis semakin meningkat malah angka tersebut merupakan satu angka yang tinggi.

Tambah beliau, ditambah pula dengan rutin hidup yang tidak sihat, tiada senaman dan kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran menjadi antara risiko penyebab penyakit ini di kalangan ibu-ibu mengandung.

"Di Malaysia, angka penghidap kencing manis atau diabetes di kalangan ibu mengandung boleh dikatakan semakin kritikal.

"Ini merupakan satu masalah besar di kalangan masyarakat hari ini dan ibu mengandung yang menghidap diabetes berisiko tinggi mempunyai berat badan yang berlebihan.

"Kesan gaya hidup tidak sihat ini sememangnya tidak dapat dilihat pada jangka masa pendek malah diabetes hanya diketahui apabila seseorang itu menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan oleh doktor," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Oleh yang demikian bagi mengurangkan masalah tersebut, pihaknya (syarikat farmaseutikal dan peneraju penyakit diabetes, Novo Nordisk) kini dalam perancangan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa atau kerajaan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini di kalangan penduduk Malaysia terutama sekali ibu-ibu mengandung.

Melalui perancangan tersebut, pihaknya akan mengadakan beberapa siri program dalam usaha memberi kesedaran di samping meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai penyakit diabetes ini.
Berbalik kepada peningkatan jumlah penghidap diabetes ketika mengandung ulas Jesper, semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh uri (plasenta) mengganggu keberkesanan insulin dan hasilnya hiperglisemia mungkin berlaku.

Katanya lagi, lazimnya diabetes yang berlaku semasa mengandung akan hilang selepas kelahiran, namun risiko untuk mendapat kencing manis pada masa hadapan adalah tinggi.

Untuk itu sekiranya mereka (ibu mengandung) pernah mendapat rawatan kencing manis semasa mengandung maklumkan kepada doktor atau jururawat untuk tindakan selanjutnya.

Harus diingat bahawa risiko kencing manis meningkat dengan peningkatan umur semasa mengandung.
Bagaimanapun Jesper menjelaskan, diabetes ketika mengandungi tidak semestinya hanya akan dihidapi oleh mereka yang mempunyai sejarah keluarga malah penyakit ini turut 'menyerang' mereka yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.

Ulasnya lagi, semasa mengandung, sekiranya pesakit memerlukan perawatan untuk kencing manis, ubat suntikan insulin boleh diberikan dan ia tidak membahayakan kandungan dan juga kesihatan.
Begitupun, beliau menasihatkan agar pesakit mengubah corak pemakanan dan gaya hidup juga perlu diberi perhatian.

"Amalkan senaman kerana ia amat bermanfaat untuk individu yang belum atau pun sudah menghidap diabetes.

"Senaman itu penting untuk mereka yang berpenyakit kencing manis dan bagi ibu mengandung mereka boleh juga bersenam seperti berjalan-jalan serta melakukan senaman ringan lain.
"Selain itu pemakanan seimbang juga penting kerana tumbesaran janin bergantung pada pemakanan ibu dan perlu ditegaskan pemakanan yang diambil perlu diimbangkan supaya paras gula tidak naik melebihi normal," katanya. - MARIATUL QATIAH ZAKARIA

you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...