Kasih Ibu
Sunday, 6 January 2013
Kemurungan Selepas Bersalin
Berikut adalah cara-cara yang boleh membantu anda menghalang kemurungan selepas bersalin.
1. Sesuaikan diri
Sememangnya memikul tanggungjawap sebagai seorang ibu adalah berat, lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali melahirkan bayi. Anda perlu peruntukkan masa 24 jam untuk melayan karenah bayi yang memerlukan perhatian sepenuhnya daripada anda. Namun, anda masih perlu memenuhi tuntutan ini walaupun kadangkala mengadu kepenatan. Untuk itu, anda perlulah bersikap positif dan menyesuaikan diri dengan peranan baru. Lihatlah tanggungjawap anda itu sebagai satu lagi tugas baru yang menyeronokkan dalam kehidupan anda.
2. Rehatkan diri
Luangkan sedikit masa sekurang-kurangnya 10 minit dengan berehat sebentar seperti melakukan meditasi ataupun mandi. Paling tidak pun, tarik nafas panjang untuk meleraikan keletihan. Dengan yang demikian, anda dapat mengelakkan diri daripada bermurung. Hasilnya, anda akan lebih tenang dan dapat menjalinkan hubungan dengan bayi dengan lebih rapat.
3. Tidur
Ini merupakan terapi yang paling hebat! Bayi biasanya mengambil masa yang panjang untuk tidur di siang hari. Jadi, salah satu cara untuk anda mengatasi kemurungan ialah dengan mencari masa untuk melelapkan mata sewaktu bayi tidur. Jadi, anda dapat berehat sebentar. Gunakan masa tersebut untuk menggantikan semula tidur anda yang sering terganggu di malam hari. Usahlah anda menyibukkan diri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan pada lain masa. Yang penting, anda mendapatkan tidur yang mencukupi untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
4. Bersenam
Ibu yang rajin bersenam sebelum dan selepas bersalin cenderung untuk memiliki emosi yang lebih setabil. Namun, sekiranya anda terdiri daripada golongan yang malas bersenam, masih belum terlambat untuk mengubahnya. Tidak perlulah anda melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar senaman ringan sahaja. Lakukannya secara santai dan bersahaja. Matlamat anda sekarang bukan untuk menguruskan badan tetapi untuk membantu diri berasa lebih tenang bagi menghindari masalah kemurungan.
5. Usah risau
Bagi yang bekerja sepenuh masa, anda tentu mempunyai perancangan kerja yang tersendiri. Anda mungkin perlu menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi mempastikan perjalanan kerja berjalan lancar. Ada juga sesetengah ibu yang mempunyai sikap cerewet dalam melaksanakan sesuatu kerja. Setelah bergelar ibu, anda mungkin hanya mampu menghabiskan sebahagian daripada senarai kerja berkenaan sahaja. Jadi, anda risau kerana tidak mampu menyempurnakannya sebaik mungkin. Jangan begitu! Mulai sekarang, belajarlah untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel. Beri peluang kepada diri sendiri. Berikan waktu tambahan bagi melakukan sesuatu kerja. Anda juga boleh mengajar minda untuk menyudahkan kerja yang berbaki pada keesokkan harinya pula.
6. Bantuan
Dapatkan bantuan sama ada daripada ahli keluarga mahupun kawan-kawan sewaktu anda perlu melakukan tugas-tugas penting. Sebagai contoh, anda boleh meminta ibu, kakak atau adik untuk menjaga anak sewaktu anda perlu menghadiri tugasan luar kawasan dan sebagainya.
7. Kawan
Mengasingkan diri akan menambahkan lagi kemurungan. Ketahuilah! Bukan anda seorang sahaja yang mengalami masalah sebegini. Ramai lagi ibu lain di luar sana yang menghadapi masalah yang sama. Jadi, adalah lebih baik jika anda mencari kawan-kawan yang turut mengalami masalah yang sama seperti anda. Dengan itu, anda dan mereka dapat berkongsi pengalaman sekali gus dapat membantu anda menjaga bayi dengan lebih baik.
8. Belajar
Masa untuk anda menecap keseronokan bergelar ibu masih lagi panjang. Pada mulanya, anda mungkin agak sukar menyesuaikan diri. Pada ketika inilah perasaan tidak menentu akan muncul. Ingat! Anda dan bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri masing-masing. Ambillah masa dan bergembiralah menjadi seorang ibu.
9. Tiada yang sempurna
Lazimnya, golongan yang mengalami masalah kemurungan ialah orang yang mementingkan kesempurnaan. Apabila anda tertekan, ia secara tidak langsung akan mendorong kemurungan. Anggapan bahawa anda bukanlah seorang ibu yang tidak boleh menjalankan tugas dengan baik adalah tidak benar. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang sempurna.
Kenapa Perlu Ambil Vitamin?
Kebanyakan orang tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan.
Badan menjadi lemah lesu, kurang bertenaga, mudah letih dan penyakit
menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin
berterusan.
Oleh itu mengamalkan supplement dan vitamin
mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan
setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit, letih lesu dan masalah
kesihatan apabila usia meningkat tua.
Sesetengah orang pula
perlu zat tertentu untuk keperluan harian. Mereka termasuk yang
mengandung, yang kerap makan ubat tahan sakit (sakit urat atau sendi),
perokok, mereka yang aktif secara fizikal dan yang berumur lanjut.
Berikut adalah cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama-sama dengan makanan harian.
1) Ambil sekurang-kurang 2 vitamin anti oksidan
Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan
sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan
vitamin E (200-400 iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas.
Selain dari kesan ke atas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu
dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.
Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C
secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan
cukup.
2) Tambah kalsium setiap hari
Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk
keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak
mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk
perempuan.
Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.
3) Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate
Folate 400 ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi
bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan
kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit
jantung.
4) Umur tua dan yang kurang makanan seimbang
Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada
makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement.
Masalah resapan nutrien didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan
kecekapan badan untuk memproses nutrien juga kurang.
Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C, D , B6 ,
B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink,
Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang di
dalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanannya.
5) Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin
Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan), yang
hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambahan vitamin B12 ), yang
sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang
digalakkan mengambil tambahan supplement, vitamin dan mineral.
Tips Pengambilan Vitamin
Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat
apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan
beberapa faktor:
1) PENGAMBILAN AIR KOSONG DIPANDANG REMEH
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih
suka yang berwarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan
kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan
mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan
vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh boleh berlaku dengan lebih
baik.
2) ELAKKAN MAKAN VITAMIN SECARA BANYAK SEKALIGUS PADA 1 MASA.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus,ini meningkatkan
kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yangg suka amalkan
ini apabila waktu kita hendak tidur, sedangkan pada masa selepas itu kita
akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkankan pengambilan vitamin anda. Ini
juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada 1 masa
tertentu sahaja.
3) ELAKKAN PENGAMBILAN VITAMIN BERSAMA UBAT.
Amalkan vitamin dengan menjarakkan 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor
4) KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN DALAM DIET HARIAN
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada
dalam tubuh bdan kita, jika kafien diambil secara berterusan boleh
membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini.
5) PANTANG LARANG MAKAN VITAMIN
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak
boleh diambil bersama susu? Ini kerana ia mengganggu penyerapan zat besi
itu sendiri.
Thursday, 3 January 2013
Tips Hindari Sembab
Tips Hindari Sembab (water retention @ swollen feet, ankle, face) semasa Hamil
Minum air masak sebanyak 2-3 L sehari. Toksin dapat disingkirkan
daripada badan dengan baik apabila kita minum air masak secukupnya.
Apabila badan tidak mendapat cecair secukupnya, ia akan berada dalam
‘survival mode’ di mana badan ‘menyimpan air’ dan berlakulah sembab
kaki, tangan dsb. Cuba cek, adakah kita sekadar minum 2-3 gelas air
masak sehari? Cara mudah untuk tahu sama ada badan mendapat air yg cukup
ialah melalui warna urin. Ia sepatutnya jernih, bukan keruh.
Lakukan senaman ringan.
Senaman membantu peredaran darah dan cecair yang lebih baik dalam badan
seterusnya menghindari daripada berlakunya sembab kaki, dsb. Lakukan
senaman ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal.
Jangan berdiri terlalu lama.
Apabila berdiri terlalu lama, cecair akan terkumpul pada kaki yang mengakibatkan sembab. Banyakkan berjalan atau bergerak.
Tinggikan sedikit kedudukan kaki sewaktu berehat atau tidur. Alas kaki
dengan bantal supaya kaki berada pada aras yang sama atau lebih tinggi
daripada jantung.
Pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu ketat. Jauhi heels!
Amalan pemakanan:
Hindari @ kurangkan:
Minuman berkafein dan alkohol
Makanan yang tinggi sodium. Antara makanan yang tinggi kandungan
sodium selain garam ialah makan yang diproses (processed food), makanan
segera (instant or fast food) – fries, burger, dll.
Karbohidrat
Lebihkan dalam menu harian:
Makanan yang tinggi potassium – contohnya pisang, lobak meah, kurma,
buah oren, tembikai, prune, kismis, bayam, kacang peas, badam, susu dan
yogurt.
Makanan berserat tinggi seperti roti high fiber.
Sayur-sayuran mentah seperti ulaman.
Protein, menggantikan karbohidrat.
Makanan tinggi magnesium dan vitamin B – sayuran berdaun gelap, oatmeal, asparagus dan kacang soya.
Selain itu, pengambilan suplemen kalsium magnesium turut membantu mengatasi masalah sembab air
Subscribe to:
Posts (Atom)



