Kasih Ibu

Sunday 7 April 2013

Lecithin bagus untuk kurus, otak, sendi, paru-paru dan banyak lagi




Antara khasiat Lecithin

Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, stroke, sakit jantung, arteri yang mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.

Kenapa orang yang nak kurus suka Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat mudah.. ianya memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yang tercemar, dadah, aditif makanan, racun serangga, dan lain-lain.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yang bijak.

Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.



Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari untuk memulihkan sistem ingatan.

Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka yang ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

Lecithin adalah zat untuk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat .. cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

Best kan Lecithin ni? Jika berminat, boleh hubungi saya untuk mendapatkan stok Lecithin and.

Lecithin - Emulsifier Semulajadi
Akademi Sains Nasional (The National Academy of Sciences) telah menentukan bahawa kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuro-penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Setiap kapsul membekalkan 530 mg lesitin, termasuk 80 mg fosfatidilkolina dan 48 mg fosfatidilinositol Diperolehi secara semula jadi daripada kekacang soya

No comments:

Post a Comment

you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...