Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?
Sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda
menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan
tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan
gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan
mempunyai tenaga yang sedikit.
Mengambil
sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana
ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek
sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan
tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan
tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya
berlemak dan tinggi kolesterolnya.
Hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan dan mudah untuk disediakan.
1.
Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya,
hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah
lemak.
2. Roti
bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya.
Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa,
sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.
3.
Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan
buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu
sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak
lebih dari dua minggu.
4. Jika ingin cepat,
sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan
baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan
tengahari.
5. Semangkuk bijirin sarapan pagi
yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat
berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera,
masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.
7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.
No comments:
Post a Comment