Kasih Ibu

Thursday 10 January 2013

Tips Kuruskan Badan




Jangan skip makan
Jika anda fikir dengan skip pengambilan makanan akan kurus dan boleh menurunkan berat badan, anda salah. Fakta menunjukkan bahawa jika anda berbuat demikian, anda mengajar badan anda untuk menyimpan semua berat badan itu. JAWABNYA ANDA MEMANG  TAK AKAN KURUS SAMPAI BILA-BILA DENGAN BERLAPAR.

Badan kini dicipta untuk kemandirian hidup atau ‘survival’ yang akan memastikan bahawa kita akan terus hidup dalam keadaan terburuk atau darurat. Jika kita tidak makan, badan kita akan memberitahu dirinya sendiri bahawa ia perlu terus hidup (kerana ia tahu bila kita akan ambil makanan seterusnya). Jadi ia akan simpan tenaga dengan memperlahankan metabolisma dan memperlahankan fungsi-fungsi dalam badan kita. Ketika itu, lebih sedikit kalori akan dibakar, kadar metabolisma akan turun – dan ia akan simpan apa sahaja yang anda makan sebagai LEMAK.

Sebab itulah ramai yang tertanya-tanya mengapa mereka terus gemuk dan tak kurus kurus walaupun selalu tak ambil sarapan pagi atau makan tengah hari.

Bagaimana untuk turunkan berat badan?
Jangan skip waktu makan anda (sarapan, makan tengah hari dan makan malam). Paling penting jangan skip sarapan pagi. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan protein (ikan, ayam, daging, etc). Kurangkan makanan berkabohidrat (nasi, mee, roti, etc). Lebihkan minum air kosong sehari 2-3 liter untuk menyahtoksin badan anda.

No comments:

Post a Comment

you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...