Kasih Ibu

Wednesday, 3 December 2014

Kesan Sampingan Pil Pencegah Kehamilan

Apakah itu pil pencegah kehamilan?

Ia adalah merupakan ubat yang digunakan untuk mencegah kehamilan. Pil ini mengandungi hormon wanita sama ada

- kombinasi estrogen dan progestogen 
- atau progestogen

Kebanyakan wanita boleh mengambil pil pencegah kehamilan sekiranya memiliki kesihatan yang baik, tidak mengalami berat badan berlebihan, tidak merokok dan tidak mempunyai masalah perubatan.

Wanita yang mengambil pil pencegah kehamilan perlu menukar kepada kaedah kontraseptif lain apabila umurnya mencapai 50 tahun. Berikut adalah kesan sampingan yang biasa dialami akibat penggunaan pil pencegah kehamilan

Pendarahan Vagina
Pendarahan vagina yang tidak normal atau tompokan darah mungkin berlaku sepanjang tempoh pengambilan pil pencegah kehamilan. Pendarahan kerap berlaku semasa bulan-bulan awal pengambilan tetapi boleh juga berlaku apabila anda telah mengambil pil pencegah kehamilan untuk tempoh yang lama.
  

Kanta Lekap
Jika anda menggunakan kanta lekap dan mendapati terdapat gangguan pada penglihatan atau tidak dapat menggunakan kanta lekap, sila berjumpa doktor.

Edema/Bengkak Badan
Pil pencegah kehamilan boleh menyebabkan edema (retensi air dalam badan) seperti sembap pada jari tangan atau buku lali dan peningkatan pada tekanan darah. Sekiranya anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor.

Melasma
Tompok hitam pada kulit terutama di kawasan muka.

Kesan sampingan lain
Kesan sampingan lain yang mungkin dialami termasuklah loya, muntah, perubahan pada selera makan, sakit kepala, gemuruh, kemurungan, pening, keguguran rambut, ruam dan juga jangkitan pada vagina.



Sekiranya kesan sampingan tersebut mengganggu ada, sila berjumpa doktor.





Sunday, 28 September 2014

Petua Mengharumkan Badan

Assalamualaikum

Apa yang anda rasa bila badan berbau busuk, tengik dan seumpamanya? Memang tak selesa, kadang-kadang malu kalau berjumpa dengan orang lain kan..Apatah lagi kalau orang yang menghidu bau tak enak, buat muka selamba tegur badan kita busuk..Lagi lah malu kan.

Hari ni saya nak kongsi berkaitan petua macam mana nak jadikan badan kita ni berbau harum. 

Cara-caranya :

Ambil kulit buah oren, kemudian cincang bagi halus-halus.

Kulit buah tadi celur dalam secawan air panas yang telah mendidih. Biar hingga kuning dan berminyak.

Sapukan air limau ke seluruh badan setiap kali selepas mandi. 

Senang jer kan. Boleh la cuba lepas ni. 






Saturday, 27 September 2014

Melahirkan Bayi Yang Sihat


1. Mengambil asid folik
Asid folik penting bagi membantu untuk mengelakkan kecacatan tiub neural seperti spina bifida dalam bayi. Dengan memakan asid folik sebelum kehamilan, anda boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mengalami kecacatan sebanyak 70%.

2. Jangan skip temujanji di Klinik
Kunjungan ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan pranatal harus dibuat secara rutin. Ini kerana, jika doktor anda dapat mengesan sesuatu masalah, ia dapat ditangani dengan awal.

3. Tuang segelas susu
Badan anda dan juga bayi anda memerlukan kalsium. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang ibunya memakan kalsium yang banyak ketika hamil mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang ibunya tidak memakan tidak cukup kalsium.

4. Jauhi asap rokok
Walaupun anda tidak merokok, anda yang menghidu asap rokok dinamakan “perokok pasif”. Jika anda perokok pasif bayi anda berisiko untuk mengalami kelahiran pramatang dan masalah kesihatan yang lain seperti asma.

5. Telur
Telur adalah sumber terbaik kolina di mana ia membantu otak bayi anda berkembang.

6. Bersenam

Kajian menunjukkan wanita hamil yang bersenam akan melahirkan bayi yang cepat bercakap!!




Ctnur 
019-5633815
Shaklee Independent Distributor

Menawan Dengan Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Nampak ceria je pagi ni kan. Ceria-ceriakan pagi dengan perkara positif. Insya Allah sepanjang hari pasti rasa hati tenang je. 

Masih berbaki lagi 3 hari untuk promosi Shaklee Collagen Powder berlangsung. Harga memang menarik waktu promosi..Nak gojes, cantik, kulit halus, ni lah waktunya nak try Collagen.








Tengok testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder ni rasa teruja pulak..Baiki dan rawat dari dalaman, pasti kecantikan terserlah di luaran.

Berminat nak cuba?


Ctnur 
019-5633815
Shaklee Independent Distributor



you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...