Kasih Ibu

Thursday, 4 September 2014

Muka Bersih Dan Cantik Dengan Masker Shaklee

Biasa buat masker? Macam-macam masker ada di jual di pasaran. Boleh dikatakan pelbagai jenama ada. Yang mahal, yang murah, macam-macam kaler pun ada. Tapi awas, jangan sebarangan beli saja. Baca dan teliti kandungan masker tu. Jangan tersalah beli masker yang mempunyai banyak bahan kimia yang boleh rosakkan muka nanti.

Bercakap pasal masker ni, saya suka buat masker menggunakan Shaklee ESP. Boleh buat plain macam tu saja atau dicampur dengan yogurt, Vivix, Vitamin E, Alfalfa atau Vitamin C. Lepas selesai bermasker, kulit rasa lembut ja. Best sangat rasa..hihi

Jom try buat masker. Hari ni kita try buat masker ESP +ALFALFA + Vitamin E 

Sebelum tu kita lihat fungsi masker dari 3 jenis suplement ni :-

ESP - pencerahan kulit
Alfalfa - buang lebihan minyak
Vitamin E - Awet muda + kecutkan jerawat (jika ada) + hilangkan parut (jika ada)

Cara-caranya:-

Step 1: 1 sudu kecil ESP + 1 biji Alfalfa + 1 cap vitamin E di cucuk dan letak dalam mangkuk

Step 2: picit vit E yang di cucuk + bahan tadi dengan sedikit air

Step 3: kacau semua sampai rata

Step 4: sapu di muka dan biar kering

Step 5: cuci dan bilas dengan air

 
Ok dah pun siap. Mudah kan.



# model masker adalah salah seorang daripada pengedar Shaklee


Ctnur 
019-5633815
Shaklee Independent Distributor
 

Saturday, 30 August 2014

Keistimewaan Shaklee Omega Guard

Shaklee Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Selain bertindak untuk bakar lemak, Omega Guard ni ada lagi pelbagai fungsi.
Antaranya:

(a) Ibu hamil
¤ Membantu perkembangan otak bayi dari dalam kandungan
¤ mengawal kenaikan berat badan
¤ mengurangkan kolestrol
¤ mengurangkan risiko meroyan selepas bersalin
¤ mengurangkan risiko melahirkan bayi pra matang.

(b) Ibu menyusu
¤ Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi
¤ membantu pengurusan berat badan.

(c) Kanak-kanak
¤ Membantu perkembangan otak
¤ menguatkan sistem imunisasi
¤ mengurangkan gejala eczema dan asma

(d) Masalah berat badan
¤ Omega-3 meningkatkan hormone Leptine yang berfungsi mengawal selera makan
¤ membantu membakar lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin

(e) Pelbagai masalah kesihatan lain
¤ Sakit sendi
¤ tinggi kolestrol
¤ kesihatan jantung
¤ batuk berkahak
¤ strok dan banyak lagi


Berminat untuk mencuba?

Sila hubungi / sms 019-5633815
COD Area : Alor Setar
Penghantaran seluruh Malaysia melalui pos laju



 

Monday, 18 August 2014

Kenapa Kita Perlukan Makanan Tambahan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terdapat beberapa persoalan timbul apabila ada yang menafikan kenapa kita perlukan makanan tambahan @ supplement @ vitamin?

"Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat jer tengok."  Mmmm memang diakui orang dulu-dulu sihat saja tanpa penyakit datang bertandang.

Namun, kita tak boleh nak banding semua tu dengan keadaan kita pada hari ini. Dulu kurang berlakunya pencemaran, makanan ringan atau fast food yang sememangnya susah nak jumpa, tiada makanan dalam tin yang diproses, tiada bahan kimia dan sebagainya.

Jadi, mari kita lihat kenapa kita perlukan makanan tambahan.

PERTAMA:
Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

KEDUA:
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buahan dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

KETIGA:
Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

KEEMPAT:
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula, dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

KELIMA:
Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

KEENAM:
Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

KETUJUH:
Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Senarai tersebut adalah sebahagian daripada sebab kenapa kita perlukan makanan tambahan. Ada banyak lagi sebab yang boleh disenaraikan. Dalam entri lain kali saya akan senaraikan sebab-sebab yang lain pula.



 

Wednesday, 5 March 2014

HUKUM TARIKAN Realisasikan Impian Anda



MENGAPA sesetengah orang itu sentiasa bernasib baik dan murah rezeki walau tidak begitu berusaha. Namun, di setengah pihak sebaliknya yang berlaku? Pastinya lintasan seumpama ini menerjah ke kotak fikiran tanpa kita sedari dan pergi begitu sahaja.

Ataupun situasi di mana pada hari itu kerja anda semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah atau pada hari itu semua yang dipegang dan dilakukan serba tidak menjadi.

Paling logik kita melihat keadaan ini sebagai suratan takdir ataupun nasib kita sudah tertulis begitu sejak azali lagi.

Hakikatnya, Islam sendiri memberitahu umatnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka. (ar-Ra'du: 11)

Ayat di atas sudah jelas membuktikan bahawa nasib seseorang itu bukanlah takdir yang menentukan, sebaliknya manusia yang menentukan takdirnya sendiri.

Bertitik tolak dari situlah, Fakharoll Rodziee Don dan Faris Fahmi Ibrahim membuat kajian daripada buku-buku yang majoritinya berbahasa Inggeris dan akhirnya mereka temui tentang rahsianya yang dipanggil Hukum Tarikan.

Hukum Tarikan adalah kuasa atau hukum yang berlaku setiap hari dalam hidup kita tanpa kita sedari. Sebenarnya kita mampu mengawal dan menggunakannya bagi mencapai segala impian dalam hidup selagi tidak melanggar hukum yang ditetapkan Allah SWT dan tidak bercanggah dengan hak-hak orang lain.

Contoh situasi paling mudah untuk memahami Hukum Tarikan ialah kadangkala apa yang anda perlukan muncul di hadapan anda ataupun melalui panggilan telefon tanpa diduga? Ataupun ketika anda sedang memikirkan seseorang, tiba-tiba anda terserempak dengannya atau dia menghubungi anda? Mungkin anda beranggapan ia satu kebetulan tetapi sebenarnya, semua ini adalah pengalaman yang membuktikan Hukum Tarikan sememangnya wujud dalam hidup kita.

Menyedari majoriti terbitan yang menyentuh Hukum Tarikan adalah dalam versi bahasa Inggeris maka Fakharoll dan Faris mengambil keputusan untuk menterjemah buku Law of Attraction karangan Michael J. Losier sebagai langkah pertama dalam memperkenalkan Hukum Tarikan.

Pemilihan buku ini berdasarkan kaedah penerangan konsep Hukum Tarikan secara mudah dan senang difahami, selain menyediakan latihan dan tip yang berkesan.

Buku ini membongkar proses tiga-langkah yang terbukti berkesan, siap dengan tip, kaedah, latihan dan skrip yang menunjukkan kepada anda bagaimana cara mendapatkan apa yang anda inginkan.

Jadi, jika anda benar-benar ingin memahami kehidupan yang anda lalui dan ingin mengubahnya menjadi apa yang anda inginkan, maka inilah buku yang anda perlu cari dan miliki.

Kenyataan yang perlu diterima bahawa buku ini telah menjadi bahan bacaan wajib bagi banyak kumpulan jualan, syarikat rangkaian pemasaran, agen hartanah, penasihat kewangan dan pelbagai organisasi.


Sumber : Zuarida Mohyin, Utusan Malaysia




you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...