Kasih Ibu

Wednesday, 5 March 2014

HUKUM TARIKAN Realisasikan Impian Anda



MENGAPA sesetengah orang itu sentiasa bernasib baik dan murah rezeki walau tidak begitu berusaha. Namun, di setengah pihak sebaliknya yang berlaku? Pastinya lintasan seumpama ini menerjah ke kotak fikiran tanpa kita sedari dan pergi begitu sahaja.

Ataupun situasi di mana pada hari itu kerja anda semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah atau pada hari itu semua yang dipegang dan dilakukan serba tidak menjadi.

Paling logik kita melihat keadaan ini sebagai suratan takdir ataupun nasib kita sudah tertulis begitu sejak azali lagi.

Hakikatnya, Islam sendiri memberitahu umatnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka. (ar-Ra'du: 11)

Ayat di atas sudah jelas membuktikan bahawa nasib seseorang itu bukanlah takdir yang menentukan, sebaliknya manusia yang menentukan takdirnya sendiri.

Bertitik tolak dari situlah, Fakharoll Rodziee Don dan Faris Fahmi Ibrahim membuat kajian daripada buku-buku yang majoritinya berbahasa Inggeris dan akhirnya mereka temui tentang rahsianya yang dipanggil Hukum Tarikan.

Hukum Tarikan adalah kuasa atau hukum yang berlaku setiap hari dalam hidup kita tanpa kita sedari. Sebenarnya kita mampu mengawal dan menggunakannya bagi mencapai segala impian dalam hidup selagi tidak melanggar hukum yang ditetapkan Allah SWT dan tidak bercanggah dengan hak-hak orang lain.

Contoh situasi paling mudah untuk memahami Hukum Tarikan ialah kadangkala apa yang anda perlukan muncul di hadapan anda ataupun melalui panggilan telefon tanpa diduga? Ataupun ketika anda sedang memikirkan seseorang, tiba-tiba anda terserempak dengannya atau dia menghubungi anda? Mungkin anda beranggapan ia satu kebetulan tetapi sebenarnya, semua ini adalah pengalaman yang membuktikan Hukum Tarikan sememangnya wujud dalam hidup kita.

Menyedari majoriti terbitan yang menyentuh Hukum Tarikan adalah dalam versi bahasa Inggeris maka Fakharoll dan Faris mengambil keputusan untuk menterjemah buku Law of Attraction karangan Michael J. Losier sebagai langkah pertama dalam memperkenalkan Hukum Tarikan.

Pemilihan buku ini berdasarkan kaedah penerangan konsep Hukum Tarikan secara mudah dan senang difahami, selain menyediakan latihan dan tip yang berkesan.

Buku ini membongkar proses tiga-langkah yang terbukti berkesan, siap dengan tip, kaedah, latihan dan skrip yang menunjukkan kepada anda bagaimana cara mendapatkan apa yang anda inginkan.

Jadi, jika anda benar-benar ingin memahami kehidupan yang anda lalui dan ingin mengubahnya menjadi apa yang anda inginkan, maka inilah buku yang anda perlu cari dan miliki.

Kenyataan yang perlu diterima bahawa buku ini telah menjadi bahan bacaan wajib bagi banyak kumpulan jualan, syarikat rangkaian pemasaran, agen hartanah, penasihat kewangan dan pelbagai organisasi.


Sumber : Zuarida Mohyin, Utusan Malaysia




Wednesday, 5 February 2014

Cara Mendidik Anak Dengan Memberi Nasihat 30 Saat



Gambar Ihsan

Di antara waktu yang paling mustajab untuk didik anak ialah dengan memberi nasihat selama 30 -60 SAAT:

1. Sebelum anak tidur

2. Semasa anak SEDANG TIDUR (nasihati anak dengan bercakap dalam hati atau bisik di telinga)

3. Waktu anak bangun tidur, peluk anak & beri nasihat selama 30--60 SAAT

4. Selepas anak mandi

5. Selepas anak solat. Sekali sekala, jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa di atas tikar sembahyang. Ingat, ayah lebih afdal solat berjamaah di masjid/ surau

6. Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji.

7. Selepas anak riadah atau bermain,

8. Selepas anak di doakan di kepalanya,

9. Bila anak terangsang emosi (seperti selepas kena marah).

Pastikan anak-anak makan malam sebelum maghrib (ikut Sunnah) untuk mudah belajar di waktu malam. Jika anak tak habis makan, tak salah utk ibubapa menghabiskan makanan lebihan anak, daripada MEMBAZIRKAN makanan tersebut. Adat orang Melayu saja yang menegah amalan tersebut.

Tapi jika anak-anak nak mkaan dulu sebab ayah balik lewat atau solat berjemaah di Masjid, ELOK ASINGKAN MAKANAN UNTUK AYAH.

Janganlah suruh ayah memakan makanan dan lauk pauk lebihan anak-anak. Malahan, makanan untuk pembantu rumah pun patut diasingkan untuk menghargai mereka. Kurang sopan menyuruh pembantu rumah memakan lebihan tuan rumah.

Inilah adab untuk didik anak lebih berakhlak. Moga Allah rahmati kita semua.

Oleh: Dato Fadzillah Kamsah

Monday, 3 February 2014

Get Clean Water Pitcher Shaklee : Mudah Di Bawa Ke Mana Saja

Penapis air mudah alih dan boleh di bawa ke mana-mana. Eh ada ke penapis air macam tu..yang ada kat rumah tu pun penapis yang dh disambung dengan paip air kat sinki ja...

Ramai yang tidak tahu berkenaan penapis air keluaran Shaklee..semestinya best dan boleh di bawa ke mana-mana saja. Nak travel, duduk di hotel, nak berkelah..semua tempat boleh bawa..Sentiasa dapat air bersih di mana saja kita pergi..Hebatkan?

Ini dia...GET CLEAN WATER PITCHER..haaa.biar betul..water pitcher???..Ye, memang sah water pitcher.


Mudahkan.. berbentuk water pitcher untuk senang di bawa ke mana saja.

Bagi anak-anak yang duduk di asrama ke, universiti ke, boleh la beli satu untuk keperluan mereka di sana nanti..kesihatan terjamin, boleh elak risiko rosak buah pinggang, kena cirit-birit ..al-maklumlah, keadaan air sekarang ni bukannya bersih macam zaman dulu lagi..

Ok kita tengok apa itu water pitcher..jom imbas.

Get Clean Water Pitcher Shaklee menggunakan blok karbon untuk bersihkan air. Ia dapat kurangkan bahan-bahan cemar yang sukar untuk disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99% dan mampu menuras 303 liter air (80 gelen) bagi setiap turasan.

Keistimewaan Get Clean Water Pitcher Shaklee
a) SELAMAT digunakan untuk menyingkirkan kandungan plumbum dan bendasing. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association - WQA) bahawa ia dapat mengurangkan plumbum dan bendasing lain.

b) PILIHAN BIJAK dengan penjimatan kos di mana rakyat Malaysia tak perlu lagi bazirkan wang untuk membeli minuman air botol. Dengan hanya beberapa sen sahaja seliter, dah dapat jimatkan kos di mana Get Clean Water dapat berikan air yang bersih. 

c) HANDAL dengan membekalkan air bersih pada setiap masa. Get Clean Water Pitcher Shaklee menghasilkan 303 liter air dan menyingkirkan bahan cemar yang wujud dalam air.

d) MESRA ALAM di mana setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


Memang best Water Pitcher ni sebab ia boleh di bawa ke mana-mana sahaja dan ringan. Dengan Get Clean Water Pitcher Shaklee ni, anda boleh dapatkan bekalan air terawat, bersih dan sedap dengan mudahnya.


Wednesday, 15 January 2014

Promosi Januari 2014 - Shaklee Alfalfa Complex

Alhamdulillah promosi bulan Januari 2014 adalah Alfalfa Complex Shaklee. 

Terlalu banyak khasiat Alfalfa Shaklee serta manfaatnya dan selalu menjadi pilihan terutamanya bagi golongan wanita.

Kebanyakan set kesihatan yang ditawarkan mengandungi Alfalfa Shaklee. Kenapa yer selalu suggest Alfalfa Shaklee sebelum suggest ambil vitamin yang lain. Sebabnya salah satu fungsi Alfalfa Shaklee adalah detox iaitu melakukan pembersihan dalaman badan terlebih dahulu. Ini kerana dalaman badan ni penuh dengan toksin yang dah bersarang sekian lamanya. Sebab itu kadang-kadang apabila kita mengambil vitamin-vitamin lain tak nampak pun sebarang kesan atau perubahan positif. Ini disebabkan badan yang penuh dengan toksin tak dapat nak proses dan serap segala khasiat vitamin dengan sempurna.

Sebab itulah saya selalu suggest kepada customer supaya mengambil Alfalfa Shaklee terlebih dahulu supaya segala toksin dalam badan dapat dikeluarkan. Dalaman badan dh bersih, barulah proses penyerapan vitamin lain akan lebih berkesan.


Berminat untuk dapatkan Alfalfa Shaklee pada harga promosi yang meletup ini?

Sila contact saya untuk maklumat lanjut.
ID : 885525



you might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...