Assalamualaikum..
Semoga semuanya sihat-sihat belaka hendaknya ye..ok untuk entri kali ini saya tujukan kepada bakal-bakal ibu dan juga yang telah menjadi ibu. Ramai yang abaikan keperluan asid folik..jangan begitu yer..asid folik ni penting di ambil jika ada perancangan nk mengandung. Kat sini saya copy kenapa asid folik tu penting..Selamat membaca yer..
Petikan dari Akhbar Metro
Oleh Siti Zarinah Sahib
Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/09
“IBU mengandung kena makan dua kali ganda kerana untuk dua orang, satu untuk ibu dan satu untuk bayi dalam kandungan.”
Seringkali kita mendengar ayat ini diucapkan terutama bagi wanita
yang baru pertama kali mengandung. Kadangkala ia mungkin diluahkan
sekadar untuk bergurau, namun daripada segi konsep matematiknya,
seakan-akan ada logiknya.
Bagaimana pula daripada segi diet serta pemakanan sebenar untuk ibu hamil?
Ramai wanita terutama yang baru pertama kali hamil mengajukan
pelbagai soalan mengenai makanan boleh dimakan dan makanan yang perlu
dielakkan. Ini kerana mereka berasakan perlu makan dalam jumlah yang
banyak terutama ketika lapar sedangkan pada trimester pertama, makan
adalah untuk menambah tenaga dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori
setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri.
Namun, bagi ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu
makan dalam jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan
supaya bayi mendapat zat mencukupi manakala ibu tetap bertenaga
sepanjang tiga bulan pertama.
Alahan ketika mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah,
pening, perut sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku terutama
ketika bangun tidur, namun bagi wanita yang bernasib baik mereka
langsung tiada alahan.
Punca sebenar alahan sebenarnya masih
kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya alahan wanita hamil
disebabkan perubahan fizikal dan hormon pada badan.
Kebanyakan
wanita yang mengalami alahan akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada
rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti
kerana alahan yang terlalu teruk.
Secara amnya, alahan dalam
jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun,
bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah
kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan
ibu akan terjejas. Tambahan pula, ibu akan mengalami kekurangan air
dalam badan dan mengalami pening, dahaga dan air kencing sedikit
daripada biasa. Jika mengalami tanda ini, anda memerlukan rawatan
segera. Biasanya doktor akan menambah cecair dalam badan dan makanan
tambahan melalui drip.
Bagi mengurangkan penghidratan, ibu hamil
dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi menggantikan
kehilangan bendalir. Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti
nasi, jagung, kentang dan ubi serta mengelak makanan mengandungi kadar
lemak tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng.
Bagi yang alah kepada bau-bauan, elakkan aneka aroma yang boleh
menyebabkan rasa mual dan muntah. Makan sedikit, tetapi secara kerap
misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan
bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah dengan
teruk.
Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor.
Ini
kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk
perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai
wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan
tiga bulan sebelum mengandung.
Ini kerana asid folik dapat
membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect
atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah
kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku.
Asid
folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit
dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat
untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik
bagi bakal ibu dan ibu hamil.
Keperluan asid folik boleh
didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik
atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400
mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan
sebelum merancang hamil dan ketika hamil. Sumber asid folik juga boleh
diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras
perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati,
susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan
bijirin.
Pada trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin
berselera makan. Malah ada yang menganggap mereka perlu meningkatkan
jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Dengan itu
ada yang menambah pengambilan makanan mungkin daripada tiga kali sehari
kepada lima kali sehari dalam jumlah yang banyak.
Namun
sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang lebih penting
adalah jenis makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan.
Kebiasaannya,
wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada biasa
terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas.
Penambahan
300 kalori sehari perlu diperoleh daripada makanan berkhasiat supaya
boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi.
Sama
ada seseorang wanita itu hamil atau tidak, diet yang sihat merangkumi
semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein,
karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.
INFO:
Bagi
ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi
memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang
perlu dimakan ketika hamil termasuk:
Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.
Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.
Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang
(soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan
sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.
Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan
kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan
sembelit.
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus
dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan
buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga
(kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun
serangga).
Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan
asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita
itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau
dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan
kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan
hidangan bersesuaian bagi diet seharian.
Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:
Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi.
Berkhasiat untuk kesihatan bayi.
Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan
sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh,
ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput
tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan
kesihatan bayi.
Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:
Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.
Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup
dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut
bercengkerang, daging dan telur.
Hati serta organ
dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk
retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi
yang sedang membesar.
Dah habis baca, jom kita tengok vitamin Shaklee yang ada asid folik pulak...
Ini dia, B-Complex..lengkap dengan semua vitamin B dan asid folik..
Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B Complex terdiri daripada:
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin
Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin
ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat.
Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah
anemia.
TANDA-TANDA KEKURANGAN B COMPLEX
Depresi
Murung
Insomnia
Kurang selera makan
Sembelit
Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
Kurang konsentrasi
Mudah tersinggung
Melemahkan sistem saraf
Mengganggu fungsi otak
Pembentukan abnormal sel.
Kurang konsentrasi
KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.
KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
Berminat untuk mencuba?
COD Area : Alor Setar
Sila hubungi / sms 019-5633815
Shaklee ID No: 885525